Ini adalah gambar terbaru Elyana yang sekarang sedang mengandung 3 bulan...
siyes memang berseri, kan?
Elyana yang baru berkahwin tahun lalu, nampaknya tidak lama lagi akan menimang cahaya mata...
“Walaupun hamil saya tidak bercadang untuk kurangkan aktiviti seni buat masa ini. Saya memang tidak boleh duduk di rumah tanpa buat apa-apa. Suami saya pun tahu perangai saya. Sebab itu dia tidak kisah asalkan saya pandai jaga diri.
Dalam pada itu, Elyana juga sempat berkongsi pengalaman pertama hamil. Jelas penyanyi ‘Kalis Rindu’ ini di awal kehamilannya berat badannya turun sebanyak lima kilogram kerana tidak berselera makan serta alah kepada aroma makanan. Namun setelah usia kandungan menginjak ke usia tiga bulan, alahannya semakin berkurangan dan kini sudah mula berselera untuk makan.
“Selepas turun lima kilogram, berat badan saya naik balik sebab saya sudah mula berselera makan. Saya ini memang dari dulu lagi tidak pernah berdiet untuk jaga berat badan. Jadi, apabila hamil ini saya memang makan sahaja kalau terasa lapar.
Bagaimanapun, sekarang ini saya sudah mula amalkan pengambilan suplemen untuk memastikan kandungan saya sihat. Selain kawan-kawan bagi tip, suami saya juga rajin membaca buku tentang penjagaan kesihatan wanita hamil ini. Jadi, dia pun sering galakkan saya supaya mengambil beberapa vitamin untuk kekal bertenaga,” ujar Elyana yang kelihatan semakin cantik sekarang ini.
Selain itu, Elyana dan suami juga banyak membeli CD zikir dan doa-doa harian untuk diperdengarkan kepada bayi dalam kandungan.
P/S - Semoga Elyana selamat menimang cahaya mata..*wink!
.
5 Penyokong CHELSEA:
akan lebih bahagia diakan..
jom lihat video gadis nekad bunuh diri semalam
cik lulu...
i tagged you dalam contest...ni link dia...
http://akmallrazlan.blogspot.com/2011/03/1st-contest-dari-xcyber-pose-depan.html
thank you...
huhu..x sabar nak tangok baby baru makbed....*wink-wink*
saya peminat Elyana!!!!
rindunya la kat elyana ni,bila lagu baru nk keluar...
huhu
tak sabar nak tunggu elyana timang baby.. mesti comel mcm dia dia.. i likeee elyana. <3
Post a Comment