Tuesday, March 29, 2011

Ikan bergigi manusia


Seorang pemancing di Amerika Syarikat terkejut ketika ikan yang ditangkap, mengigitnya dengan kuat. Dia  menjerit dan setelah dimemeriksa gigi ikan ini mirip gigi manusia.

Seperti dipetik web.orange Frank Yarborough sedang memancing di Wylie, South Carolina. Baru saja melontar kail, seekor ikan mengigit umpan lalu tersangkut.

Frank gembira kerana ikan yang terjerat itu sungguh besar. Warnanya gelap dan memiliki berat sekitar 5 kg dengan panjang hampir setengah meter.  Dia memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi. Tetapi, dia terkejut dan menjerit kerana didigigit kencang seperti gigitan manusia. Setelah diperiksa, ikan itu memiliki gigi seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan disekitar itu pada umumnya.


Ikan dibawa pulang. Yarborough belum terfikir untuk menggorengnya. Seingga kini masih tersimpan di dalam peti sejuk. Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotik. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Bahagian Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengambil sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan jenis spesies ikan misteri itu.





.

4 Penyokong CHELSEA:

yourbae on March 29, 2011 at 8:13 PM said...

seramnyer ,.

Ilaasuhailaa on March 29, 2011 at 9:10 PM said...

eeeeeeee....gigi dyeeee!!

nur ikhyar dee on March 29, 2011 at 11:31 PM said...

hehehe gigi dia betul macam manusia la...gigi palsu kot.... :P

qucachahir on March 30, 2011 at 11:28 AM said...

seram lahai...hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!