Sekilas pandang, tidak ada yang aneh dari sajian terkemuka masyarakat Dongyang, China. Semua orang dengan mudah menyebutnya telur rebus. Rasa aneh bercampur jijik mungkin muncul setelah mendengar cerita di sebalik cara masaknya.
Masyarakat tempatan menyebutnya 'tong zi dan' atau 'boy egg'. Sebutan ini merujuk ciri khas telur yang direbus di dalam urin anak lelaki, bukan air mendidih.
Lu Ming, mengatakan, 'boy egg' menjadi makanan tradisional yang cukup digemari masyarakat tempatan sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Bahkan pada 2008, hidangan ini telah tercatat didalam warisan budaya.
Pada masa lalu, 'boy egg' menjadi hidangan istimewa setiap musim pertengahan. Masyarakat setempat menjadikannya sebagai santapan lazat yang menyihatkan. Beberapa pakar kesihatan tradisional di China sepakat bahawa kandungan nutrisi urin akan meningkatkan nilai gizi telur.
Lu Ming mengatakan bahwa kualiti urin terbaik berasal dari anak lelaki berusia di bawah 10 tahun. Ini dikaitkan dengan pola makan anak yang cenderung masih sihat. "Kami mengumpulkan urin dari sekolah-sekolah di bekas-bekas yang sudah kami sediakan setiap hari," ujarnya.
Penyajian telur ini memerlukan waktu yang cukup panjang. Pertama, telur mentah direndam di dalam bekas berisi urin. Setelah tercelup sempurna, bekas dipanaskan sehingga urin mendidih. Dalam suhu maksima, telur biasanya akan retak sehingga urin akan merembes ke dalamnya. Setelah matang, biarkan telur terendam urin selama satu hari.
Lu Ming ingin berkongsi kelazatan dan nutrisi telur tersebut ke seluruh dunia. "Kami terdorong untuk eksport telur ini, kerana kami ingin orang di luar China boleh menghargai kelazatan masakan kami," ujarnya.
P/S - Urin=air kencing...ekeke....korang nak cuba??
.
8 Penyokong CHELSEA:
yaaakkk!!
pe kes rebus ngan urine nie..byk2 air..air kencing jugak dipilihnya..
Mesti sedap kan? ekekkekeke uweekkkkk :P
salam
erk...loya tekak kita.huhu
tekak akak kembang je nak ngabihkan baca entri ni. tapi kan, masa anak akak dalam pantang dulu..lidah dia putih, ala daki susu tu. minta ubat doktor..tapi tak hilang..lama-lama baby tu dlm keadaan rimas tau pasal daki susu kat lidah tu menebal. minum susu pun taknak..arghhhh...
akhirnya mak akak nora bagi petua, pakaikan napkin, bila dia kencing, lap lidah dia ngan napkin basah kencing tu..hish..tp kesiankan anak..akak buat la..sekali aje..terus tak de esoknya..akak pun konfius..
eyerk....!! xyah le susah nk anto pkai kontena ke mari ye pokcik...
muntah darah plak kami kat mesia ni kang...!!
aiyok
nak muntah skang
er... xmo ar bagi free pon
gila ah....luga tekakkuu
Post a Comment