Hai peminat dan pembaca novel semua..
Serius lulu jatuh hati dengan novel ni, tak tau dah baca berapa kali, sejak seminggu asyik usung jer novel setebal 897 muka surat ni kemana-mana. Memang tak bosan baca. Dan nampaknya berbaloilah penantian selama ni untuk memilikinya. (novel ni dah koyak kat dalam dia, nak nangis..huhu)
Mula baca, memang agak keliru dengan nama watak-watak dalamnya. Ada banyak watak. Namun, helaian demi helaian, lulu dah mula faham dan, cerita yang disampaikan oleh penulis sangat menarik. Kisah bagaimana bila suatu kejadian yang tidak disangka, boleh dikatakan tragedi, menyatukan Syafa Aqira dan Firash Arshad didalam sebuah perkahwinan yang sangat asing. Keadaan tu lebih lagi pelik bila perbezaan umur antara mereka adalah 4 tahun iaitu Syafa Aqira yang merupakan seorang wanita berkerjaya, dan Firash yang masih belajar. Firash yang masih belajar dilihat sukar menyesuaikan diri didalam perkahwinan itu kerana beranggapan dia masih terlalu muda. Namun ada banyak kejadian yang berlaku, yang membuatkan sedikit demi sedikit wujudnya rasa cinta dan kasih diantara mereka.
Permulaan yang menyakitkan kerana Syafa merupakan kekasih abang Firash, Farish. Malah dugaan yang pahit terpaksa dilalui, apabila mereka merahsiakan hubungan mereka sebagai suami isteri kepada semua orang. Lucu juga baca reaksi mereka berdua apabila ada saja yang memikat. Maklumlah, seorang handsome dengan lesung pipi, seorang lagi cantik, awet muda.. Namun siapa sangka, walaupun Firash masih muda, namun dia belajar menjadi seorang suami yang sempurna buat Syafa. Rasanya novel ni menarik kerana kita akan terbuai dengan alam rumahtangga mereka seawal novel, yang berbeza dengan novel lain yang hanya mewujudkan alam rumahtangga 'happy ever after' tu di akhir cerita. Dari benci menjadi cinta. Dari kekurangan menjadi kesempurnaan.
Bagaimanakah akhir cerita kisah Syafa dan Firash? Adakah mereka bahagia bersama? Marilah miliki novel hebat ini dan buktikan keterujaan lulu membaca novel ini tanpa jemu, juga turut akan korang rasakan..
P/S - Recommended by Lulu Caldina
* Lupa nak tulis, novel ini akan diadaptasi kedalam slot akasia tv3 tahun hadapan.. tahniah penulis..
.
40 Penyokong CHELSEA:
novel ni memang best!! sweet sgt ending dia,hee
@FaLya kannn... :)
kena cari novel ni pulak lepas ni sbb lulu dah rekomen.. sbb baca review lulu pun dah rasa tertarik hati..
Daripada awal di buai perasaan dalam novel nie. Akak recommend juga.
@Hanis Azla again ter'sampuk' kak fea? ;)
@Aziela itulah kan kak Aziela.. wee tak bosan baca
betul la lulu..akak dah baca novel nie..mmg best..nak buat keje dah x jadik dah...asyik teringat jer..x rugi beli novel nih..hehehe
tebal juga novel nie...eheheh...cam besatt..
hamboi tebalnye..
Hmmm tiada dalam koleksi dd ni.. harus ada ler kan kan..
rmi rekomen, wajib beli nih =)
ni kalau saya dah terjebak ni, kompem2 sehari dua boleh habis ni..
@mekjangokhah yang 'asyik teringat' tu adalah ayat paling tepat menggambarkan perasaan bila baca novel ni :)
tq 4 comment kak ..
@Nyue memang best, berbaloi tau ^__^
@afifudinsohaini okeylah.. puas baca :)
@Didie Redwan ya betul DD ;)
@beta kupu mmg wajib! itulah novel ni dah bbrp bln ada dipasaran, tapi lulu tetap tak nak ketinggalan memilikinya... wee
@boni kacak Boni, tak perlu tunggu sehari 2... 1 hari pun boleh habis sebenarnya.. yang buat lama tu, sbb baca ulang2 :)
alololo...introje hati dh rase membuak2 nak bace..alahai....mane nak cari ni...thank for sharing..~pmbaca novel yg tegar..hahaha
sbb baru ni lulu ade review suami aku ustaz tu kan.saya terus beli novel tu online haaha xsabar nk baca ;p pandai lulu tarik minat saya..
tqvm yunk cz sudi review <3. .jgn lupe nntkan dramanya yg akan diadaptasikan thn depan ke slot akasia tv3 ;-)
@Vicke Syarifah hehe, kalau kedai buku tu lulu tak pasti sbb lulu beli online tau :)
@alia zainol yeay kalau mcm tu misi berjaya lah kan.. maklumlah kan, susah nak cerita kat org apa yg kita rasa bila baca sesebuah novel tu.. kalau org tertarik kerana tulisan lulu, itu sudah bonus! :)
@zura asyfar addy rifqhieyu welkam... itulah lupa ckp novel ini akan diadaptasi kedalam drama.. tahniah!
assalam...macm mana nak letak iklan di page lulu?? thanks
@Anonymous email lulu di lulu.caldina@gmail.com
syarikat mana punya ni? kat mana leh jumpa? popular ada jual? ke ada yang online punya? terasa nak beli plak. hehe..
@ohcikgu karyaseni. lulu beli online.. sila google yer :)
Mesti best kan ^_^
Wilma nak beli nanti jugak...
mcm menarik j kan..
tp dah lama tak baca novel la lulu.. ;D
morning lulu ;D
@Dunia Wilma memang best :)
@QasehnyaRania cuba dapatkan novel ni, kompem berbaloi.. Morning awak ^__^
Saya dah beli ... Dua hari jer dah habis baca ... Best wooo ... Kalau didramakan mesti best ... Lulu lepas nih try "Suami Aku Ustaz" plak ... Ramai kata best ... N ada terbaca maybe akan difilemkan ...
Lulu : Kalau beli online dapat murah ker ? Kos pos cam ner ?
Haisshh ... Abis ler plak duit dlm bank kang ...
@Honey lulu dah baca 'suami aku ustaz'. Boleh tgk review novel sblm ni...
@Honey beli online dr karyaseni ada diskaun dan free postage..
tak mnt sgt bc novel ni. tp mungkin akan suggest kat org lain. heee
da lama xbeli novel..tgk ebtry ni terus rasa cam nk g beli
~ saya sokong asal bukan Man U..Novel review nie ramai komen..lama dah tak baca novel nie huhuhu..rajin buat review..Tahniah
Post a Comment