Monday, March 7, 2011

Jom tengok CSI


MUDA dan berbakat barangkali menjadi faktor utama penyanyi antarabangsa, Justin Bieber begitu cepat melebarkan pengaruhnya di gelanggang seni.

Terbukti menerusi nyanyian sebelum ini, Bieber yang berjaya mengumpul jutaan peminat di seluruh dunia kali ini muncul sebagai pelakon rantaian popular, CSI musim ke 11. Musim terbaru siri yang fokus kepada pelbagai kejadian jenayah itu memulakan siarannya pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis di saluran AXN mulai 1 Mac lalu pukul 10 malam. Di Amerika Syarikat, kemunculan pertama Bieber telah menarik perhatian lebih 15 juta penonton setia rancangan itu sekali gus memberi gambaran betapa kuatnya pengaruh artis berbakat besar itu.


Melakonkan watak Jason McCann, Bieber bukan hanya mempertaruhkan rupa parasnya yang menawan malah, bakat lakonan sebagai remaja bermasalah disampaikan dengan penuh emosi oleh penyanyi yang cukup popular dengan lagu Baby itu. Saksikan bagaimana lakonan berkesan Bieber sebagai remaja yang terpaksa berdepan pelbagai masalah dalam hidup dengan membuat pilihan dalam kes berkaitan abangnya yang melibatkan diri dengan pasukan CSI.


Demi menghayati watak Jason McCann, Bieber mendapatkan khidmat jurulatih lakonan agar persembahannya dalam siri tersebut tidak mengecewakan penonton. George Eads yang melakonkan watak Nick Stones dalam siri yang sama memberitahu: "Jika Bieber boleh menyanyi dan menari di depan orang ramai, dia tentu mampu menutur dialog dengan baik ketika berlakon. "Dia seorang remaja yang amat berbakat." Terdapat beberapa kejutan yang akan menanti penonton setia rancangan itu. Ini termasuklah kisah percintaan antara Catherine Willows lakonan Marg Helgenberger dengan Detektif Vartann yang dilakonkan oleh Alex Carter. Kepada peminat setiap Bieber, jangan ketinggalan menyaksikan lakonannya menerusi CSI.




.

2 Penyokong CHELSEA:

MizzTina on March 7, 2011 at 2:27 PM said...

ye...baru tgk sbtu lepas...syiok..

Lulu Caldina on March 7, 2011 at 8:57 PM said...

@mizzkechique itulah, lulu termiss...adeh

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!