Monday, March 21, 2011

Kakak meninggal dunia



Datuk Paduka Saleha Mohd Ali, kakak Tun Dr Siti Hasmah, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini petang ini akibat kanser uterin.
Allahyarham berusia 88 tahun. Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff, ketika dihubungi Bernama berkata allahyarham meninggal dunia kira-kira 5.10 petang tadi.

Sementara itu anak Saleha, Zahedi Mohd Ali berkata jenazah ibunya dimandikan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya petang tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum Zohor esok.
Saleha, anak ketiga daripada 13 beradik, adalah penaung Universal Peace Federation Malaysia.


.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!