Keasyikan datuk dan nenek menambat lembu peliharaan berakhir dengan tragedi menyayat hati apabila cucu mereka berusia 19 bulan maut dilanggar sebuah kereta api pagi ini selepas kanak-kanak itu dikatakan telah merangkak ke landasan yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka di Kampung Bedal, Temangan dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi di Kilometer 457.5 itu, kanak-kanak malang terbabit, Mohd. Adam Mukriz Mohd. Afif terpelanting lebih 10 meter selepas dilanggar oleh Tren Ekspres Senandung Wau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Tumpat.
Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, Asisten Supritendan Low Lian Hay yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.
"Hasil siasatan mendapati datuk dan nenek mangsa sedang menambat lembu ketika itu dan tidak menyedari mangsa berjalan seorang diri menuju ke landasan," katanya ketika dihubungi hari ini.
.
3 Penyokong CHELSEA:
ala cdeynye........nk jaga anak elok2 r..huhu..luluh hati...
http://laylaluckystars.blogspot.com/2011/03/cik-lulu-caldinaamaran-keras-dr-pihak.html
ya Allah..sedihnya:(
siannyer budak tu..
nasib baik tak hancur..tapi menyayat hati laa..
*slalo balik kg naik keretapi:)
Post a Comment