Thursday, March 17, 2011

Kecilnya.............


Sebuah rumah kecil dua tingkat yang mempunyai sebuah bilik tidur di Britain bakal dijual pada harga £95,000 (RM465,777) walaupun lebarnya cuma 2.1 meter dan luas 28.6 meter persegi, lapor sebuah akhbar semalam. Kediaman itu yang terletak di sini, dinamakan Rumah Petak dan merupakan antara rumah paling kecil di Britain.
Rumah tersebut pada asalnya merupakan sebahagian daripada struktur bangunan wap.
Sebuah agensi hartanah tempatan yang menjual rumah itu memberitahu, harganya melambung tinggi kerana lokasinya di pusat bandar di sini.
Walaupun ia kecil, kediaman itu tetap selesa kerana dilengkapi sebuah dapur, bilik mandi dan tandas serta ruang tamu kecil.



.

4 Penyokong CHELSEA:

Biey on March 17, 2011 at 4:53 PM said...

wah keciknya.. comel jer..hua..

bee on March 17, 2011 at 6:02 PM said...

uii tak sanggup duk rumah cam tu..

Ifti Larina on March 17, 2011 at 6:48 PM said...

wah!

Nora Shahaira on March 17, 2011 at 6:55 PM said...

tak mau....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!