Tuesday, March 22, 2011

Kena hati-hati ni..

Seorang lelaki yang dipercayai baru mengeluarkan wang dari bank dan kemudianya singgah untuk minum di sebuah kedai kopi kerugian RM36,400 apabila wang tersebut yang disimpan di dalam kereta dikebas oleh pencuri.
Mangsa yang berumur 45 tahun sebelum itu berurusan di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail di sini berhampiran kedai kopi tersebut.
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Ashikin Shamsuri berkata kejadian itu berlaku kira-kira 12.50 tengah hari semalam.
"Cermin depan sebelah kiri kereta mangsa telah dipecahkan dan mangsa turut ternampak dua suspek yang menaiki motosikal melarikan diri dari situ.
"Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa," katanya.


.

2 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

RM36k. Banyak tu. Ni menjadi pengajaran buat kita semua agar lebih berhati-hati supaya lepas keluarkan jumlah wang yang banyak jangan menyinggah dimana-mana. Mahal betul harga kopi dia RM36k.

P/S: Sorry sebelum ni Tira tak perasan Cik Lulu ada datang blog Tira komen entri. :)

Lalalatif on March 22, 2011 at 7:46 PM said...

erk..kat pahang ke..takutnye...semalam tunang saya kena rompak masa berteduh dari hujan bawah fly over...takut betul la dunia skrg...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!