Wednesday, March 23, 2011

Lain yang cuai, lain pula yang terpaksa menerima padah.


Kata-kata itu sesuai untuk menggambarkan mengenai nasib yang menimpa dua beranak apabila mereka nyaris lemas selepas dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Viva ketika sedang berjalan pulang ke rumah di Semabok di sini semalam.

Kejadian pukul 12.15 tengah hari itu menimpa Nurshamsiah Samawi, 6, dan ibunya, Misliyah Nafhan, 35, apabila mereka tercampak ke dalam longkang sedalam 1.5 meter.
Ekoran itu, Misliyah patah kaki kanan manakala Nurshamsiah pula nyaris lemas sebelum diselamatkan oleh orang ramai yang menghantar mereka ke Hospital Melaka.

Seorang saksi, Sazly Mak Lip, 32, berkata, kejadian berlaku apabila sebuah van yang dipandu laju melanggar belakang Viva sebelum terseret sejauh kira-kira 30 meter ke kiri jalan.
"Pada masa sama, kereta Viva itu telah merempuh dua beranak tersebut mengakibatkan mereka tercampak ke dalam longkang. Kereta Viva dan van itu juga terperosok ke dalam longkang," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

tulah hukum alam..
yg lemah sentiasa ditindas

Abd Karim MJ on March 23, 2011 at 9:06 AM said...

kita berhati2.. tapi orang lain yang x berhati2 kita jugak yang menjadi mangsa.. kira nie dah takdir lah kan...

Kancil 8349 on March 23, 2011 at 10:06 PM said...

Adat manusia, orang lain buat kerja orang lain dapat nama...sama gak dengan tajuk nie...orang lain buat hal orang lain jadi mangsa.........hehehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!