Monday, March 7, 2011

Lari tinggal mayat rakan

Akibat terbabit dalam perlumbaan haram bersama-sama kira-kira 20 pelumba haram lain, dua remaja menerima padah apabila maut selepas bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer (KM) 76.1 Lebuh Raya Utara Selatan di laluan Machap ke Ayer Hitam, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, remaja lain melarikan diri dengan meninggalkan mayat dua rakan mereka terbujur di atas lebuh raya.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Muhammad Saddam Hussein Sheikh Awaf, 20, dan rakannya, Mohd Faiz Ahmad, 19, kedua-dua pelajar kolej, mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata kemalangan itu berlaku apabila sekumpulan pelumba haram menghampiri satu selekoh di lebuh raya berkenaan dan bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Ixora.

“Motosikal dinaiki salah seorang mangsa dipercayai tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan Proton Ixora, mengakibatkannya gagal mengawal motosikal sebelum merempuh seorang rakan di sebelahnya menyebabkan kedua-dua berdua maut di tempat kejadian.

“Mat rempit lain sempat mengelak dan melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya selepas ditemui pada Hari Polis Bertemu Pelanggan di Kompleks Beli Belah The Summit di sini, semalam.

Adnan berkata, mat rempit kini menjadikan lebuh raya sebagai litar lumba haram mereka selepas polis meningkatkan operasi di beberapa laluan berisiko sekitar daerah ini.
“Jika dulu laluan Jalan Kluang-Parit Raja serta Jalan Ayer Hitam-Yong Peng adalah tempat pilihan yang sering dijadikan laluan untuk berlumba,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, dua remaja lelaki maut apabila kedua-duanya yang juga menunggang motosikal, bertembung sesama sendiri di Kilometer 126.5 Jalan Tanjong Laboh-Batu Pahat, jam 2.20 pagi semalam.

Adnan berkata, kedua-dua remaja berusia 17 dan 19 itu menunggang motosikal dari arah bertentangan sebelum seorang daripada mereka terbabas dan merempuh motosikal di hadapannya.



.

8 Penyokong CHELSEA:

MizzTina on March 7, 2011 at 9:57 AM said...

nk marah ke..nk kesian eh?? hurmm
takziah kpd keluarga mangsa..

Makbed on March 7, 2011 at 10:20 AM said...

wahaaa... dasanya nama. Muhammad saddam hussein.

Isteri Encek Bard on March 7, 2011 at 10:28 AM said...

adeh.. seram perut dengor...

logorithm on March 7, 2011 at 11:34 AM said...

Fuiyo! Saddam Hussein mati sekali lagik!

Lulu Caldina on March 7, 2011 at 9:00 PM said...

@mizzkechique dedua kot..ngee...

Lulu Caldina on March 7, 2011 at 9:00 PM said...

@Makbed yer..sekurang-kurangnya..saddam ni nak 'menyumbang' juga..huhu

Lulu Caldina on March 7, 2011 at 9:01 PM said...

@Isteri Yang Comel macam mana perut bila seram yer?

Lulu Caldina on March 7, 2011 at 9:01 PM said...

@logorithm yap..aneh..ngee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!