Saturday, March 19, 2011

Menjelang hari pernikahan


Menjelang sehari sebelum majlis pernikahannya, penyanyi Kris Dayanti, 36, semalam tetap yakin lelaki pilihannya, Raul Dos Ries Lemos mampu menjadi suami yang terbaik untuknya.

Perkahwinannya dengan Raul atau lebih dikenali Raul Lemos, seorang usahawan dari Timor Leste, adalah yang kedua buat Kris.

Dalam pertemuan selepas majlis bacaan suci al-Quran dan tazkirah perkahwinan di kediamannya di Radio Dalam, Jakarta Selatan semalam, Kris menyatakan dia kali ini sudah cukup bersedia untuk menjadi isteri.

“Saya yakin Raul adalah pemimpin rumah tangga yang mampu mendidik saya dengan baik. Paling utama dia (Raul) menerima saya seadanya, bukan sebagai seorang artis tetapi sebagai wanita biasa,” katanya.
Majlis pernikahan pasangan itu dijadualkan berlangsung di Masjid Sahid Nurul Iman di sini pada pukul 8 pagi ini.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada 25 Mac ini di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta Selatan iaitu sehari selepas penyanyi terkenal itu menyambut ulang tahun ke-36.



.

2 Penyokong CHELSEA:

yuyu jannah on March 19, 2011 at 1:20 PM said...

saspen je..ingat lulu nak kawin

OKED Choki Choki on March 19, 2011 at 1:47 PM said...

go go chelsea..weeeeee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!