Lima sekeluarga nyaris maut setelah memakan cendawan liar yang beracun di Kota Sarang Semut di sini semalam.
Cendawan liar tersebut yang hanya tumbuh setahun sekali itu dikutip oleh seorang peniaga, Mahdzir Baharom, 53, di tebing Terusan Wan Mat Saman di sini kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.
Mahdzir berkata, dia tidak menyangka cendawan tersebut beracun kerana dia sekeluarga selalu memakan tumbuhan berkenaan.
"Saya kutip hampir setengah kilogram cendawan itu dan membawanya pulang sebelum kami sekeluarga memakannya," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Menurutnya, kira-kira pukul 2 petang dia mula muntah-muntah dan terasa pening ketika berada di Bukit Choras yang terletak 15 kilometer dari rumahnya.
Dia kemudiannya pulang bagi melihat isteri dan anak-anak.
"Sampai di rumah saya lihat isteri dan tiga lagi anak sedang terbaring lemah akibat muntah, cirit birit dan pening kerana memakan cendawan berkenaan," katanya..
Mahdzir memberitahu, dia terus menelefon abangnya yang kemudian menghubungi ambulans bagi membolehkan mereka dihantar ke HSB untuk rawatan.
Dalam pada itu, Pengarah HSB, Datuk Dr. Juita Ghazalie berkata, salah seorang daripada lima sekeluarga berkenaan sudah dibenarkan pulang semalam manakala yang lain berada dalam keadaan stabil.
P/S - Dulu masa kecik, pernah juga jenjalan kat hutan dan nampak cendawan..Tak pasti apa spesis, kutip, bawa pulang dan mummy masak...Lepas makan, terus muntah..huhu mesti beracun...adeh..
.
3 Penyokong CHELSEA:
miza pun suka makan cendawan. masa kecik-kecik selalu kutip cedawan suruh arwah tok masakkan tapi dia tak nak. katanya cendawan tu tak boleh makan.
bukan semua cendawan boleh dimakan....ada cendawan beracun..
kak, saya tag akak.. =)
http://mizztina.blogspot.com/2011/03/cool-wif-sunglass.html
Post a Comment