Wednesday, March 16, 2011

Saya minta maaf...


Gabenor bandar raya ini, Shintaro Ishihara yang terkenal kerana sikap konsevatifnya semalam memohon maaf kerana menyifatkan gempa bumi dan tsunami sebagai ‘balasan tuhan.’ “Ulasan saya mengenai bencana itu menghiris perasaan mangsa dan penduduk Tokyo.

“Saya memohon maaf,” kata Ishihara, 78 yang akan bertanding semula untuk mempertahankan jawatannya 10 April depan, pada satu sidang akhbar.
Kelmarin, gabenor itu berkata, rakyat Jepun semakin tamak dan kes penduduk negara itu yang mengambil wang pencen ibu bapa mereka dengan melengahkan laporan kepada pihak berkuasa mengenai kematian mereka.

“Adalah perlu untuk membersihkan jiwa yang tamak dengan tsunami,” kata Ishihara kepada wartawan Isnin lalu.

“Saya berpendapat ia adalah balasan tuhan.” Beliau menarik balik kenyataan itu ketika pihak berkuasa Jepun berusaha mengelak peleburan terhadap loji nukelar dan bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa daripada bencana Jumaat lalu.

Ishihara yang pernah berkhidmat sebagai anggota Parlimen, Jumaat lalu mengumumkan pencalonannya untuk penggal keempat sebagai gabenor Tokyo.

Beliau terkenal kerana pandangannya yang bersifat kebangsaan, termasuk menafikan kekejaman Jepun sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, seperti Pemerkosaan Nanking.



P/S - Inilah orang cakap, terlajak perahu boleh undur..Terlajak kata binasa...tak takut eh kena guling macam kat Mesir??ekeke


.

3 Penyokong CHELSEA:

MizzTina on March 16, 2011 at 4:25 PM said...

ni kes nk menang la ni...mcm2 hal la..

APi on March 16, 2011 at 4:34 PM said...

die orang besar..
cakap ape pun orang dengar..
hee

Yaya Azura on March 16, 2011 at 4:56 PM said...

susah jugak jd perdana menteri nih..jd rakyat biasa dh la..hihi...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!