Seorang ibu yang menghidap penyakit lelah kronik hari ini merayu anak bongsunya yang menghilangkan diri sejak 13 tahun lepas agar pulang ke pangkuan keluarga.
Meluahkan rasa hati, Mek Wok Mohamed, 79, berharap untuk menatap wajah anak ke-10nya, Siti Norbaya Harun, sebelum memejamkan mata buat kali terakhir.
"Makcik tak tahu di mana Norbaya berada. Apa pun pulanglah Norbaya. Emak rindu pada kamu dan sebelum berlaku apa-apa pada emak, pulanglah.
"Emak sudah melupakan apa pun yang berlaku dan dapat menerima Norbayah seadanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Puteh di sini.
Mek Wok berkata, anaknya itu yang kini berusia 28 tahun keluar dari rumah sehelai sepinggang dengan alasan mahu keluar ke bandar.
"Anak makcik tu pinjam basikal jiran ketika itu dan tidak pulang-pulang sehingga kami buat laporan polis pada sebelah petang,” katanya.
Beliau berkata, basikal tersebut ditemui semula di pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II, tiga hari selepas itu.
P/S - Sayunya tengok mata ibunya..
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment