Wednesday, March 9, 2011

Tahukah anda sungai terpanjang didunia?


Sungai Nil (bahasa Arab: النيل an-nīl atau bahasa Mesir/Koptik iteru), di Afrika, adalah satu dari dua sungai terpanjang di Bumi. Sungai Nil mengalir sepanjang 6.650 km atau 4.132 mil dan membelah tidak kurang dari sembilan negara iaitu : Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan dan tentu saja Mesir.

Kerana sungai Nil mempunyai erti yang sama dalam sejarah bangsa Mesir (terutama Mesir kuno) maka sungai Nil itu melambangkan Mesir. Sungai Nil mempunyai peranan yang sangat penting dalam peradaban, kehidupan dan sejarah bangsa Mesir sejak ribuan tahun yang lalu. Salah satu sumbangan dari sungai Nil adalah kemampuannya dalam menghasilkan tanah subur sebagai hasil sedimentasi di sepanjang daerah aliran sungainya.


Dengan adanya tanah subur ini menjadikan penduduk Mesir mengembangkan pertaniannya dan peradaban Mesir berkembang sejak ribuan tahun yang lalu.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!