SEMUA orang pasti pernah melihat tembikai dengan bentuknya yang bulat dan besar. Tetapi apakah Anda pernah melihat tembikai sebesar syiling 10 sen. Tembikai dengan ukuran 20 kali lebih kecil dari ukuran normal itu nyata memang ada. Tembikai itu diberi nama Pepquino itu kini berkembang di Belanda.
Meskipun kecil, tembikai Pepquino ini 100 persen benar dan mempunyai warna dan rasa yang sama dengan tembikai normal lainnya. Meskipun mirip dengan tembikai yang normal namun Pepquino memiliki rasa segar seperti dengan timun yang mengandungi banyak air. Kelebihan dari Pepquino ini adalah kulit buahnya begitu lunak sehingga dapat dimakan, bahkan bijinya juga boleh dimakan.
“Pepquino dapat dimakan sebagai makanan pembukaselera , seperti zaitun dalam salad,” ujar Koppert Cress pengeluar Pepquino
Yang menarik lagi, Pepquino boleh digoreng atau dibuat menjadi bahan perisa yang dikombinasikan dengan coklat hitam. Pengeluar Pepquino yakin dengan campuran khusus dan sedikit asam, Pepquino akan menjadi makanan paling sedap. Pepquino dijual dengan harga 10 poundsterling per 250g.
Schatje Cuppen, pengurus pemasaran di Koppert Cress, mengatakan Pepquino boleh dipesan di pasar di Birmingham dan London. “Ketika ini permintaan tembikai ini kebanyakan dari hotel dan restoran. Kami berharap dapat menjual 50-100 kotak dalam seminggu. Kami sangat senang dengan produk ini kerana sangat fleksibel dan dapat digunakan dalam berbagai cara dari salad hingga menjadi makanan pencuci mulut,” ujarnya.
Tembikai ini juga disukai pengguna muda. Molly Power, 5 tahun, yang diberi kesempatan untuk mencuba tembikai ini mengaku suka. “Tembikai ini sangat enak, rasanya sama dengan tembikai yang biasa saya makan. Awalnya saya tidak percaya tembikai ini asli, namun rasanya sungguh enak. Strowberi masih menjadi buah kesukaan saya namun Pepquino lebih kurang sedapnya,” ujarnya.
.
6 Penyokong CHELSEA:
lama xmelawat sini..hehe comel je tembikai tuh..
ada jugak ek tembikai mcm nie?kecik toll
comel lah tembikai ni..
teringin lah nk rasa :D
keciknye.. baru pertama kali tahu..
kunjungan pagi sob dan comment pagi . comment back and visit back .
klu beso tu je rs ape ek...haha
Post a Comment