Malam final Carling Cup yang lalu sepatutnya menjadi malam bersejarah bagi Barry Austin. Tapi sayang, Austin tidak boleh menyaksikan pasukan kesayangannya, Birmingham City, ketika menghadapi Arsenal di Stadium Wembley, London.
Bukan kerana tidak memiliki tiket sehingga Austin tidak boleh menyaksikan perlawanan Birmingham melawan Arsenal. Bukan pula kerana Austin membuat kacau sehingga diblacklist untuk tidak boleh menyaksikan pertandingan. Tetapi, Austin terpaksa tidak boleh menonton dan menyaksikan Birmingham City kerana dia terlalu besar untuk ukuran kerusi Stadium Wembley.
Austin, yang memiliki berat badan 40 stone (254 kilogram), sangat berkeinginan pergi ke final Piala Carling itu. Tetapi, kerana peraturan mengenai ukuran kerusi dan tubuhnya itu dia terpaksa melupakan impiannya.
Austin (42), pemilik ukuran pakaian XXXXXXXXL, berkata: "Kalau di Stadium St Andrews (Stadium rasmi Birmingham City), club membuatkan kerusi khusus untuk saya."
Birmingham menang dan menjuarai Carling cup dengan jaringan 2-1..
.
1 Penyokong CHELSEA:
besau nya badan huhu
Post a Comment