Sunday, March 6, 2011

Terbunuh rempuh rumah


Seorang pemandu lori membawa muatan simen campuran maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah rumah di Taman Bukit Anggerik, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari, mangsa, Ong Heng Sai, 52, disyaki gagal mengawal kenderaan berat itu ketika menuruni cerun bukit di kawasan perumahan itu.

Lori simen itu lalu bergesel dengan sebuah Perodua Kenari di depannya sebelum terbalik dan menghempap Perodua Kembara dari arah bertentangan.
Kenderaan itu kemudian sekali lagi terbalik merempuh tembok simen rumah yang terletak di simpang tiga Jalan Anggerik 8/154 sebelum merempuh dinding depan kediaman seorang warga emas.

Akibat kejadian itu, pemandu lori itu maut di tempat kejadian kerana tersepit manakala pemandu lelaki dan penumpang wanita Perodua Kembara cedera dan sempat diselamatkan penduduk.
Menurut seorang pembantu rumah warga asing, Khotimah Mundar, 43, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum terdengar dentuman kuat dari arah depan rumah.

Katanya, dia yang terpinga-pinga hanya mampu berlari berulang-alik di dalam rumah majikannya selepas terdengar dentuman itu sebelum mendapati dinding rumah runtuh.
"Selepas mendapati lori yang rempuh rumah kerana ternampak tayarnya pada runtuhan dinding, saya bawa majikan berusia 77 tahun melalui pintu belakang," katanya.

"Semasa berada di luar rumah, saya nampak seorang lelaki dan wanita dalam keadaan tersepit dan terlentang dalam sebuah kereta melambai tangan serta menjerit meminta bantuan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Khotimah memberitahu, kemalangan yang berlaku hari ini adalah kejadian kedua selepas sebuah lori buah-buahan merempuh tembok simen rumah majikannya, kira-kira dua tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alam Damai Cheras, Johari Mohd. Lazim berkata, pihaknya mengambil masa selama 10 minit untuk menyelamatkan seorang lelaki dan wanita yang tersepit di dalam Perodua Kembara.
"Bagaimanapun, usaha untuk menyelamatkan pemandu lori itu tidak dapat dilakukan dengan pantas kerana kedudukan mangsa yang tersepit,'' ujarnya.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!