Thursday, March 31, 2011

Tertinggi di dunia.. Best..


Hotel tertinggi di dunia di Hong Kong mula beroperasi hari ini dan bangunan setinggi 118 tingkat atau hampir setengah kilometer itu menyajikan panorama ikonik bandar Pelabuhan Victoria.


Tingkat 102 sehingga 118 Hotel Ritz-Carlton itu menjadi Pusat Perdagangan Antarabangsa Hong Kong dan ia telah dibuka secara rasmi semalam dan akan mula mengambil tempahan Jumaat ini.
Presiden dan Ketua Operasi Hotel Ritz-Carlton, Herve Humler memberitahu pemberita, mereka telah membuka sebuah hotel yang telah mengambil masa selama 10 tahun untuk dibina.


"Walaupun semakin banyak bangunan tertinggi di dunia sedang dibina, kami tidak berasa tergugat, malah kami akan sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan," kata Humler.
Jelas Humler, pelanggan dari tanah besar China menjadi penyumbang terbesar bagi pasaran hotel tersebut meningkat kepada empat peratus berbanding tiga peratus sejak 14 tahun lalu.


"Angka ini dijangka terus meningkat.
"Di China, semua yang direka pelu mempunyai faktor extravaganza untuk menarik minat pelanggan berikutan mereka mementingkan kualiti perkhidmatan," ujar Humler.


Hotel tersebut mempunyai 312 buah bilik, sebuah bar dan restoran yang digelar Ozone di tingkat 118 dengan ketinggian 490 meter dari permukaan tanah serta sebuah dewan tari-menari yang terbesar di Hong Kong.
Hotel Ritz-Carlton menjadi satu daripada tempat yang paling mahal untuk didiami dengan kadar sewa bagi sebuah bilik 'standard' berharga AS$575 (RM1783) untuk satu malam.



.

4 Penyokong CHELSEA:

Axie04 on March 31, 2011 at 9:22 AM said...

AGAK-AGAK BILA LA DAPAT NAK G SANE TU
HEHEHE

Izwa Kamaruddin on March 31, 2011 at 9:33 AM said...

huh....tgk pun gayat...hehehe...

nurkaloi on March 31, 2011 at 10:11 AM said...

wahhh bestnyerr

jom lulu
kiter g same
hahah

KUKUMALU on March 31, 2011 at 1:24 PM said...

waaa..spectacular view!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!