Semakin ramai golongan wanita yang obses dengan kecantikan, terutama yang mahu menurunkan berat badan dan kekal langsing, sanggup memilih syabu atau pil kuda bagi berbuat demikian.
Tindakan terbabit bukan saja memudaratkan diri mereka, tetapi menyebabkan bilangan penagih dadah itu meningkat mendadak malah antara yang tertinggi berbanding dadah jenis lain.
Lebih menyedihkan, trend baru pengambilan syabu di kalangan wanita semata-mata untuk menguruskan badan ini turut membabitkan golongan profesional yang sanggup membayar harga mencecah RM1,000 satu gram dan antara RM100,000 hingga RM250,000 sekilogram bagi membolehkan mereka kelihatan cantik.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata dunia, termasuk Terengganu kini menghadapi ancaman besar dadah perangsang itu yang turut menyaksikan remaja termasuk pelajar sekolah turut cenderung mengambil dadah berkenaan sehingga ketagihan.
“Sudah menjadi trend pada peringkat global sekarang, wanita yang mahu menguruskan badan mengambil syabu. Jadi, wanita yang mulanya tidak mengambil dadah, apabila mengambil syabu akan menjadi kurus. Pada peringkat global ia sudah menjadi satu epidemik (wabak).
“Terengganu tidak terkecuali berdepan ancaman syabu, malah negeri ini turut mencatatkan sebilangan kes yang mana golongan wanita mengambil dadah perangsang itu untuk menguruskan dan mengekalkan bentuk badan, berikutan dadah berkenaan membuatkan mereka tidak makan dan tidur,” katanya selepas perhimpunan sempena sambutan Hari Polis ke-204 di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini, semalam.
“Apa yang kita perlu ingatkan bahaya pengambilan syabu kerana apabila sudah ketagih, tiada ubat untuk rawatan. Malah, di negeri ini saja ada lebih 10,000 penagih pil syabu dan ini sangat membimbangkan. Malah, kesan yang lebih buruk lagi, pelajar berumur 12 dan 13 tahun pun sudah ketagih syabu,” katanya.
Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Hamzah Jamil. Hadir sama Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya.
Beliau berkata, negara berdepan ancaman apabila banyak sindiket dan keldai dadah dari Afrika Barat dan Iran yang menyeludup sejenis pemangkin dikenali 'pseudoephderine' dari negara ini dan beberapa negara lain, sebelum diproses menjadi syabu dan dibawa masuk semula ke negara ini untuk dijual secara haram.
“Bagi memproses syabu, sindiket ini memerlukan 'epidrin', iaitu bahan yang terkawal oleh pihak berkuasa kita khususnya KASTAM dan farmasi. Bagaimanapun, disebabkan kesukaran untuk memperoleh epidrin, mereka mendapatkan gantian bahan ini, iaitu ubat selesema yang mengandungi dadah dinamakan 'pseudoephderine'.
“Ada sindiket yang membeli ubat ini dan mengeksport secara haram dari Malaysia ke negara tertentu. Contohnya, tiga negara yang menjadi ancaman sekarang ialah Malaysia, Singapura dan Korea, yang menghantar pseudoephderine ini ke Thailand,” katanya.
P/S - Sila jangan amalkan...
.
2 Penyokong CHELSEA:
oh, seram lah kita cam nih!
hahhaa... bukan semua lelaki kisah dgn bentuk dan saiz bdn prmpuan... kecantikan tu kan subjektif..
Post a Comment