Muhammad Hairuman Miskon yang menjadi perhatian ramai apabila tubuhnya melecur teruk akibat renjatan elektrik mendapat khabar gembira hari ini apabila disahkan layak menerima pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Ini berikutan penyiasatan Perkeso terhadap insiden yang berlaku hujung tahun lalu ketika Hairuman, 22, sedang mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Tanjung Karang mendapati pemuda itu layak menerima pampasan di bawah Skim Faedah Hilang Upaya Sementara.
Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, menerusi skim itu, Hairuman yang kini menjalani rawatan lanjut di Unit Rehabilitasi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dibayar pampasan sebanyak RM15,650.
Selain itu katanya, Hairuman turut mendapat bayaran ganti belanja untuk rawatan dan perubatan sepanjang dia menerima rawatan di tiga hospital terdahulu.
"Justeru, Perkeso akan membayar RM14,390 kepadanya iaitu kos rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tanjung Karang," katanya selepas menyerahkan cek pampasan tersebut kepada Hairuman di sini.
Hairuman terkena renjatan elektrik bervolatan tinggi ketika sedang mengait buah kelapa sawit di kebun milik rakannya di Kampung Masjid Baruh, Tanjung Karang pada 26 November tahun lalu.
Badannya yang melecur teruk telah pulih sehingga 50 peratus dan kini menerima rawatan lanjut di Unit Rehabilitasi HKL.
Selain itu, Zainal berkata, Hairuman turut layak menerima pampasan di bawah skim Faedah Hilang Upaya Kekal di samping bantuan pemulihan meliputi peralatan berkaitan sejurus memperoleh maklum balas spesifikasi peralatan daripada pakar.
"Kami akan memberikan kaki dan tangan palsu bagi keperluan masa depan Hairuman yang bercadang untuk meneruskan pelajarannya," katanya.
Dalam pada itu, Hairuman yang masih lagi dalam proses pemulihan anggota berkata, dia berhasrat menyambung pelajaran dalam bidang agama dan berharap mampu berdikari selepas sembuh kelak.
Sementara itu, pakar Klinikal Jabatan Perubatan Rehabilitasi HKL, Dr. Rahimah Nawi berkata, keadaan Hairuman beransur pulih dan perlu memerlukan rawatan susulan bagi membolehkannya menjalani kehidupan seperti orang normal.
"Kita akan berikan rawatan fisioterapi selepas kesan melecur tersebut pulih sepenuhnya. Kaki dan tangannya perlu mendapat rawatan oleh pakar baik pulih anggota agar dia mampu menggerakkan anggota badannya seperti biasa," katanya.
.
3 Penyokong CHELSEA:
alhamdulillah, mudah2an dia cepat sembuh kan dan biarlah dia dapat menjalani hidup yang sempurna macam orang lain..
kesian dia...
Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin….
Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :
MARYUNI BT MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
CIMB A/C : 12570005386520
Post a Comment