PERASAAN gembira seorang kakitangan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Nurul Wahida Nazli, 26, memiliki kereta pertama dalam hidupnya 'terencat' apabila ia rosak belum sampai sehari kereta itu digunakan.
Menurut Nurul Wahida, beliau membeli kereta jenama Proton jenis Persona 1.6 berwarna perak daripada syarikat ejen penjual kereta iaitu Paling Inovatif Sdn. Bhd., yang beroperasi di Cheras.
"Saya sangat kecewa apabila kereta yang saya beli rosak walaupun belum sampai sehari ia digunakan. Antara komponen yang rosak ialah lampu isyarat, lampu brek dan lampu utama tidak berfungsi.
"Selepas itu saya hantar kembali kereta kepada agen untuk dibaiki, namun mereka enggan bertanggungjawab dan menganggap perkara itu masalah biasa," katanya.
Nurul Wahida ditemui pemberita selepas menghadiri sesi pendengaran di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini hari ini.
Menurut Nurul Wahida, setelah kecewa dengan jawapan ejen berkenaan, dia telah membawa kereta tersebut ke pusat jualan Proton untuk merujuk masalah yang dihadapinya.
"Setelah ke pusat jualan Proton, saya mendapat jawapan sama yang mana mereka enggan bertanggungjawab. Malah pihak Proton menyalahkan pihak Paling Inovatif Sdn. Bhd. dalam hal tersebut.
"Bagaimanapun setelah kereta saya diperiksa, pihak Proton mendapati masalah yang dihadapi kereta saya disebabkan pendawaian kereta telah digigit tikus dan mereka bersetuju membaiki jika ada pihak sanggup menanggung kosnya iaitu sebanyak RM3,178,45," katanya.
Menurut Nurul Wahida, dia pada mulanya berbincang dengan pihak Paling Inovatif Sdn. Bhd., agar mereka menanggung kos yang dikenakan untuk membaiki kereta tersebut, namun tiada kata sepakat dicapai.
"Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membawa kes ini ke TTPM, saya tidak dapat bertahan lagi kerana sudah empat bulan kereta saya tersadai di pusat jualan Proton walaupun ansurannya saya bayar tanpa tertunggak," katanya.
Setelah meneliti hujah kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Mohd. Nasrim Mohd. Salleh memerintahkan Paling Inovatif Sdn. Bhd., dan Proton Edar Sdn. Bhd. secara bersama menanggung kos baik pulih kenderaan tersebut iaitu sebanyak RM3,178,45.
Dalam penghakimannya, Mohd. Nasrim mengarahkan Paling Inovatif Sdn. Bhd. dan Proton Edar Sdn. Bhd. menjelaskan kos tersebut dalam tempoh 14 hari seperti yang dipersetujui.
.
6 Penyokong CHELSEA:
padan muka diorang. mmg ptt pon. jual reti, bertanggungjawab xreti
pela..jual kereta tapi tak berkualiti..ish3..
kereta malaysia macam ni lah..hehehe
buat malu je macam ni .
dah la buatan Malaysia .
hmmm :(
jangan lah amek mudah kan .
nasib baik kakak tu mengamal kan .
"saya pengguna bijak "
mentang2 dah sampai ke tangan pembeli..dah tak nak bertanggungjawab...logiklah baru sehari kat tangan pembeli..takkan dah rosak kan... tapi bagus pembeli itu buat aduan....
Penjual selalunya bersikap gitu. Mana nak rugi.
Post a Comment