Thursday, April 21, 2011

Artis gagal rebut hak jaga anak..


Pelakon siri komedi Two and A Half Men, Charlie Sheen, gagal dalam perebutan hak penjagaan anak kembarnya dengan bekas isterinya Brooke Mueller semalam.

Laman web selebriti TMZ.com melaporkan Sheen dan Mueller menghabiskan masa kira-kira dua jam di kamar mahkamah dalam satu perbicaraan tertutup untuk menentukan siapa paling layak menjaga anak kembar mereka, Max dan Bob yang berusia dua tahun.

“Bagaimanapun hakim memutuskan bahawa arahan hak penjagaan tidak akan berubah, menjadikan Mueller sebagai penjaga penuh kepada anak kembar mereka,” kata TMZ. Mac lalu, Sheen dipecat daripada Two and A Half Man, terbitan rangkaian CBS, manakala Mueller menjalani rawatan ketagihan dadah dan alkohol.

Namun, pasukan peguam Sheen membantah keputusan itu dan mendakwa bahawa Mueller, 33, mengalami masalah ketagihan semula dan tidak layak menjaga kembar berkenaan.

Mueller enggan memberi sebarang ulasan selepas keputusan perbicaraan tetapi melambai tangan kepada wartawan sambil menunjukkan isyarat bagus.

Sheen meninggalkan mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan dan terus menuju ke Washington DC, di mana beliau dijadualkan muncul di dalam rancangan bual bicara Violent Torpedo of Truth.
Sheen dan Mueller bercerai awal tahun ini selepas aktor itu didapati bersalah menyerang dan mencederakannya dalam satu pergaduhan ketika mabuk pada 2009.
Mueller diberi hak penjagaan sementara kepada anak mereka dalam penyelesaian perceraian itu. Bulan lalu, dia memenangi arahan sekatan ke atas Sheen.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!