Wednesday, April 20, 2011

Artis mencuri?



Bekas pemain gitar kumpulan pop terkenal era 90-an ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri bateri jentera berat di ladang getah Felda Bukit Tangga dekat sini, Ahad lalu.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya, semalam.

Dia pernah menganggotai kumpulan pop berkenaan bersama lima rakannya yang ditubuhkan pada 1994 dan merakamkan dua album yang menjadi kegilaan anak muda sebelum penyanyi kumpulan itu mengundur diri.

Suspek kini dipercayai bekerja sebagai tenaga pengajar muzik di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini dan menetap di Sintok selepas berkahwin dan mempunyai enam anak.

Timbalan Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff, berkata kejadian curi itu dilaporkan berlaku jam 8.15 malam, Ahad lalu.

“Penjaga jentera berusia 55 tahun di ladang getah itu terserempak dengan seorang lelaki sedang mengangkat bateri jentera berat ke motosikal.

“Lelaki itu cuba mengejar suspek tetapi gagal sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.
“Bertindak atas maklumat awam yang sempat mengecam nombor pendaftaran motosikal ditunggangi suspek, polis berjaya mengesan dan menahan suspek,” katanya.



.

1 Penyokong CHELSEA:

mcm ni lah on April 20, 2011 at 11:40 AM said...

kesian nasib si pemuzik berakhir dengan kes2 yg mcm ni,. sambil tinggal jejak untuk dijejaki

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!