Thursday, April 7, 2011

Bakal pengantin rentung


Hajat sepasang kekasih melangsungkan majlis perkahwinan pada Jun ini tidak kesampaian apabila kedua-duanya rentung setelah kereta Perodua Kancil yang mereka naiki dirempuh sebuah lori sembilan tan di Kilometer 2.8 Jalan Kempas, Kempas, di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan pukul 11.15 malam, mangsa, Norhisham Wahab, 34, dan tunangnya, Rafidah Khairodin, 27, maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 52 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, ketika kejadian kereta yang dinaiki mangsa berada di Jalan Permatang Lima sebelum cuba masuk simpang ke Jalan Kempas di sini.
Beliau berkata, sebaik sahaja kereta mangsa memasuki jalan berkenaan, kenderaan tersebut terus dirempuh oleh lori itu dari arah belakang sebelum diseret sejauh 90 meter dan terbakar.

"Kedua-dua mangsa tersepit dan dipercayai gagal keluar daripada kereta yang sedang marak terbakar.
"Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Larkin yang sampai ke tempat kejadian tidak lama kemudian berjaya mengeluarkan kedua-dua mayat mangsa sebelum dibawa ke Hospital Kulaijaya untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ruslan berkata, pemandu lori berkenaan yang terus ke Balai Polis Trafik Taman Ungku Aminah sejurus kejadian telah diambil keterangan bagi membantu siasatan dan punca sebenar kejadian masih disiasat.
Sementara itu, kakak Rafidah, Sulasteri Khairodin, 31, berkata, ketika kejadian, adiknya yang tinggal di Kampung Permatang di Kempas keluar makan malam bersama Norhisham.

"Dia (Rafidah) yang bekerja sebagai kerani akauntan memang gembira untuk melangsungkan majlis persandingan pada Jun ini setelah bertunang tahun lalu.

"Tak sangka pula perkara begini berlaku kerana segala persiapan untuk majlis pernikahannya sudah siap," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kulaijaya, hari ini.
Ibu Norhisham, Fatimah Kamin, 59, yang berada di lokasi sama berkata, anaknya yang bekerja di kedai perabot di sini tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali banyak mendiamkan diri sejak akhir-akhir ini akibat diserang demam campak.
 

"Tak sangka pula jadi begini kerana segala persiapan untuk majlis perkahwinannya pada Jun ini sudah hampir siap dibuat. Bagaimanapun, saya sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi," katanya lagi.
Jenazah Norhisham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi manakala jenazah Rafidah dikebumikan di Kampung Permatang, Kempas petang ini.




.

4 Penyokong CHELSEA:

faisal on April 7, 2011 at 8:02 AM said...

takziah sy ucapkan...

http://faisalapardi.com/

Mira Amirudin on April 7, 2011 at 8:06 AM said...

sedinya...al fatihah.

Hudalatip on April 7, 2011 at 8:26 AM said...

sedihnya..alfatihah..

cik ewun on April 7, 2011 at 9:47 AM said...

kiko taw lulu! mayat nya berpelukan kn :( sadis2 sbb kiko dok area jb neh..kawan opis mak ada amik gmbar!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!