Wednesday, April 13, 2011

Harga memang berpatutan..


Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.

“Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.
Pelanggan itu berkata bahawa selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.

Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan.

Seorang peniaga yang mempertikaikan dakwaan kumpulan yang mendakwa membayar RM13,000 itu, berkata pelanggan berkenaan perlu menunjukkan resit jumlah yang dibayar sebagai bukti.
Peniaga yang enggan namanya disiarkan itu berkata dakwaan berkenaan secara tidak langsung boleh menjejaskan perniagaan dan industri ikan patin di Temerloh.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Amran berkata, beliau menjual ikan patin muncung liar antara RM80 dan RM100 sepotong bergantung pada saiz, manakala ikan patin buah liar, berharga RM16 hingga RM28 sepotong.
Ikan patin sangkar pula RM8 hingga RM10 manakala ikan jelawat dijual antara RM30 dan RM40 sepotong



.

5 Penyokong CHELSEA:

risa on April 13, 2011 at 9:25 AM said...

alahaiii...kalo betul2 sedap dah masuk dalam perut tu bayor je lah kan...lenkali nak makan tanyalah dulu bape rega...ish ish ish

MummyAyu on April 13, 2011 at 9:27 AM said...

wahhh....xrela sy nak keluarkan 13k semata2 untuk makan...

Shafa on April 13, 2011 at 9:52 AM said...

oh, kiranya rm37++ untuk seorang makan la... berita pun susah nak percaya skg kalau dah sampai laporkan cerita lain daripada yg benar..

amiey lee on April 13, 2011 at 10:02 AM said...

hehehe itula depa ni bila nak cakap tak selidik dulu..kan dah jadi hal...kalau 350 org tu berpatutan sgt la... dgn udang galah nye lagi

aLeesYa's Mummy on April 13, 2011 at 10:22 AM said...

hehehe kelakar la pulak...yg tulis berita pon x sempat siasat betul2 dah siar..
kalu dikira2 mmg sangat2 murah dah tu..patin lagi, udg galah, ikan krai tu biasa kalu kt kedai cina pon hmpir RM300 seekor..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!