Seorang pelajar perempuan, Nur Atiqah Tajuddin, 16, dari Presint 9, yang ke sekolah pada petang Jumaat lalu kononnya untuk menghias kelas di sekolahnya tidak pulang ke rumah.
Ibunya Roslinda Karim, 46, berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya yang belajar di tingkatan tiga ketika pulang ke rumah pada waktu tengah hari sebelum kembali ke tempat kerja di sebuah kementerian di sini pada pukul 2 petang.
"Selepas Nur Atiqah tidak pulang ke rumah petang itu, saya hubungi rakannya yang sama-sama ke sekolah dan diberitahu anak saya sudah keluar dari sekolah dan ke perhentian bas berhampiran untuk bertemu seorang lagi rakan perempuannya berusia 12 tahun yang dilaporkan turut hilang," kata Roslinda di sini semalam.
Roslinda berkata, Nur Atiqah, anak keempat daripada enam beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (1) tidak membawa telefon bimbit dan sebarang dokumen pengenalan diri.
Cubaan Roslinda menghubungi rakan Nur Atiqah yang hilang bersamanya rakannya hampir seminggu lalu juga gagal apabila telefon bimbit itu dijawab oleh individu tidak dikenali.
.
2 Penyokong CHELSEA:
Kesiannnye mak die. Mustahil die lari. Mesti die kena culik ke apa. Ya allah hopefully tak jadi pape dekat die :(
mcm2 la budak zaman skang ni..elok2 duk umah,nak gak lari...
Post a Comment