Wednesday, April 6, 2011

Hilang sebab dihalang kahwin


"Pulanglah emak, kami semua tetap sayang dan sentiasa rindukan emak." Demikian harapan 13 beradik supaya ibu mereka kembali ke pangkuan keluarga selepas enam tahun menghilangkan diri kerana berkecil hati selepas dihalang daripada berkahwin dengan kenalan lama.

Luahan hati itu disampaikan suri rumah, Siti Hawa Jaafar, 39, yang mewakili adik beradiknya, mengharapkan ibu kandung mereka, Kamariah Ayub (atas), 60-an, kembali ke pangkuan keluarga dengan segera.

Siti Hawa berkata, emak mereka menghilangkan diri selepas keluar dari rumah abangnya di Prima Saujana, Kajang, selepas memberitahu hasrat untuk pulang ke rumah mereka di Johor Bahru, pada 2005.

“Sebelum itu, emak ada memaklumkan kepada adik beradik saya yang berkumpul di rumah abang mengenai hasratnya berkahwin dengan seorang lelaki yang juga kenalan lamanya ketika bekerja di Singapura.

"Sejurus mengetahui hasratnya untuk berkahwin dengan kenalannya yang kami kenali sebagai pak cik Man atau Man Balak itu, adik beradik saya membantah dan enggan menerimanya. Ketika itu pak cik Man turut hadir pada perjumpaan keluarga.

"Kami membantah cadangan lelaki terbabit mengahwini ibu kerana dia sudah beristeri," katanya di sini, semalam.
Siti Hawa berkata, berikutan bantahan itu, ibunya mengemaskan barang sebelum keluar bersama lelaki itu dengan alasan mahu kembali ke Kampung Melayu Pandan di Johor Bahru.

Bagaimanapun, Kamariah yang ketika itu menaiki bas, tidak sampai di Johor Bahru seperti dijanjikan dan usaha anak menghubungi telefon bimbitnya tidak berjawab.

"Hari sama, emak ada menghubungi seorang adik lelaki saya memberitahu dia berkecil hati terhadap kami kerana membantah hasratnya berkahwin selepas kira-kira 10 tahun ayah meninggal dunia.

"Itulah panggilan telefon terakhir daripadanya, selepas itu hingga kini kami gagal menghubungi atau mengesan kedudukan emak.

"Walaupun apa pun keadaannya, kami tetap sayangkan emak kerana dialah ibu kami di dunia dan akhirat. Kami sentiasa berdoa agar dia terbuka hati untuk kembali ke pangkuan keluarga yang merinduinya," katanya.



.

5 Penyokong CHELSEA:

s.y.a.r.q on April 6, 2011 at 12:45 PM said...

ish ish ish.anak-anak makcik ni pon, sian kat mak dye, dah lama menjanda. Apa salahnye ade teman hidup :)

Ada Dalina on April 6, 2011 at 1:10 PM said...

huhu..merajuk emaknyaaa...! :(

Ada Dalina on April 6, 2011 at 1:10 PM said...

owhh, i penyokong M.U tau? :P

Misz Ara on April 6, 2011 at 2:09 PM said...

urmm..sedih bila baca berita ni..

Mira Amirudin on April 6, 2011 at 2:30 PM said...

hurmm semoga mak dorang kembali ke pangkuan dorang. ;)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!