Manchester United memburu kemenangan pertama di Stamford Bridge sejak tahun 2002 apabila berdepan Chelsea pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi esok.
Ketika ini, skuad bimbi- ngan Alex Ferguson itu dilihat begitu bersemangat setelah mereka makin selesa di kedudukan teratas dalam kempen Liga Perdana England, sekali gus merangkul gelaran juara buat kali ke-19.
Begitupun, Ferguson sedikit gusar apabila pasukan bimbingannya itu masih gagal untuk meraih kemenangan setiap kali beraksi di Stamford Bridge.
Lebih membimbangkan, aksi terakhir di stadium itu pada saingan liga musim ini menyaksikan United tewas 1-2 kepada Chelsea dan Ferguson sendiri digantung lima perlawanan kerana mengkritik keputusan pengadil.
Ferguson bagaimanapun tetap yakin pasukan itu mampu mengulangi kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara 2008 menewaskan Chelsea di Moscow menerusi penentuan sepakan penalti.
“Saya rasa mereka pasti mempunyai misi tersendiri apabila bertemu kami. Tetapi saya rasa semua orang pasti dapat lihat yang keputusan lebih memihak kepada Chelsea pada empat pertemuan terakhir.
“Kami berjaya menewaskan mereka pada final 2008. Kami ternyata pasukan yang lebih baik pada final itu. Begitu juga pada pertemuan bulan lalu apabila kami jelas tampil lebih baik.
“Kami memiliki kualiti dan perkara itu tidak perlu dipertikaikan lagi. Cuma kami mungkin memerlukan sedikit tuah apabila berde- pan Chelsea tetapi kami sebenarnya tidak menghadapi masalah berdepan mereka,” kata Ferguson.
Sementara itu, Ferguson turut bersetuju dengan tanggapan umum bahawa pembelian Fernando Torres oleh Chelsea pada pertengahan musim jelas menunjukkan bahawa kelab London itu benar-benar memburu trofi Liga Juara-Juara musim ini.
“Saya rasa Roman Abramovich (pemilik Chelsea) begitu inginkan trofi yang belum pernah dimiliki- nya ini. Sebab itulah mereka membeli Torres pada harga tinggi meskipun ketika saingan musim ini hanya berbaki empat bulan,” jelas Ferguson.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment