Monday, April 4, 2011

Hoho, cerita yang pelik..motif?


Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki, Umar baru mengetahui bahawa isterinya itu ialah seorang lelaki tulen, lapor akhbar Sumut Pos semalam.
Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.

"Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung," kata seorang pegawai polis di Jatiasih, Bekasi, Darmawan Karosekali kelmarin.
Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap.

"Selepas diperiksa (oleh Umar), ternyata dia (Fransiska) memang laki-laki," kata Darmawan.
Umar yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis. "Buat masa ini, kita sudah tahan (lelaki yang menyamar wanita itu) dan kesnya sedang disiasat," kata Darmawan.

Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah jiran-jiran Umar mengadu dia tinggal bersama Fransiska selama seminggu. Perbuatan tersebut tidak elok dipandang masyarakat dan agama.
Jiran-jirannya itu meminta mereka berkahwin dan pasangan itu bersetuju.
Jelas Darmawan, Fransiska memalsukan kad pengenalan dirinya, manakala dua orang rakannya menyamar menjadi ibu bapanya semasa akad nikah.

Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki.



P/S - Lulu dah tau cerita ni, tapi nampaknya berita yang disiarkan ni tak lengkap...
Menurut cerita sebenar, 'isteri' Umar itu, setiap malam setelah berkahwin, apabila melakukan hubungan seks, selalu inginkan dalam keadaan gelap (lampu ditutup) dan dalam keadaan membelakang..(melalui dubur, tapi tidak diketahui Umar)..hoho korang bayangkan je  lah..lulu tak pandai nak terangkan..


.

6 Penyokong CHELSEA:

MizzTina on April 4, 2011 at 12:46 PM said...

humangaih..dasat!!!

Anonymous said...

owh...begitu rupe nye....hahaha.....patut la tak tau...

Anonymous said...

haha...

Makbed on April 4, 2011 at 1:32 PM said...

HAPEKAHHHHH????!!!! dush dush dushh.. Ngape laki tu tak check bebetul? Asal boleh je lah! Haih!

Axie04 on April 4, 2011 at 2:25 PM said...

haiya
cam tu pun boleh ke?
cam ne la dunia skang ni
x paham dah

Siti Fatimah Fuzz on April 4, 2011 at 2:47 PM said...

ish2..lps 6 bulan kawen, baru tau??haish...bahaya ni...pesanan buat org yang nak kawen, sila periksa pasangan anda pada malam pertama,....ni tak, da 6 bulan baru nak periksa...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!