Friday, April 8, 2011

Jangan makan....beracun



Sepasang suami isteri warga Thailand pengsan selepas memakan sejenis cendawan putih yang diambil dari ladang getah tempat mereka bekerja di Felda Bukit Tangga di Changlun, petang kelmarin.

Thong Pol, 50 dan isterinya, Booma Gaeonin, 41 yang bekerja sebagai penoreh di ladang getah Felda itu kemudian dihantar ke Hospital Jitra sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) malam sama dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Anak mangsa, Pavini Booma, 21, ketika ditemui di HSB semalam berkata, dia dan adiknya, Pilatnam 7 dilarang oleh ibu mereka dari memakan cendawan yang dimasak tengah hari, kelmarin kerana berasa pening selepas memakannya.

“Bapa dan ibu saya dah makan dulu dan berasa pening selepas itu. Ibu beritahu saya supaya jangan makan cendawan itu sebab dia terasa pening selepas memakannya.

“Selepas itu mereka terus berbaring untuk berehat. Namun, dua jam kemudian saya yang menyangkakan mereka sedang tidur terkejut apabila mulut mereka berbuih,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HSB, Datuk Dr Juita Ghazalie, berkata Pejabat Kesihatan Negeri juga sudah mengambil sampel cendawan berkenaan untuk kajian lanjut.

“Keadaan pesakit semakin stabil namun kami sedang meneliti keadaan mereka dengan lebih lanjut bagi memastikan pesakit benar-benar pulih.
“Keadaan mereka sangat baik namun kita perlu buat pemeriksaan lanjut bagi memastikan kesan keracunan yang dihidapi pesakit pulih sepenuhnya," katanya.

Ini adalah yang kes kedua di Kedah tahun ini. Pada 14 Mac lalu, lima beranak mengalami sakit perut, pening dan loya selepas memakan sejenis cendawan putih yang diambil di tepi sungai berhampiran rumah mereka di Taman Impian, Kota Sarang Semut.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Unknown on April 8, 2011 at 10:03 AM said...

lerr..cane tu..cendawan tu mmg xleh makan kot

nur ikhyar dee on April 8, 2011 at 10:13 AM said...

cendawan nie kena hati-hati,tak leh sebarang kutip je...

yayalya on April 8, 2011 at 1:14 PM said...

agak2 bentuk cendawan yg dorg ambil ni macam mana yek?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!