Friday, April 8, 2011

Siapa dia??? Owh dia sudah kembali..


SELEPAS mengambil keputusan berhenti menyanyi sebaik sahaja mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1999, penyanyi bersuara serak basah, Nadia Ali kini tekad untuk muncul semula dalam industri seni suara selepas 13 tahun menyepikan diri.

Pelantun lagu Salam Untuk Kekasih itu ketika aktif menyanyi sempat melahirkan tiga buah album sebelum diminta oleh bekas suaminya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.
“Album pertama saya keluar pada tahun 1996 dan dalam masa dua tahun aktif menyanyi, saya sempat melahirkan tiga album sebelum terus berhenti selepas berkahwin.

“Sejak saya berhenti, saya memang tidak berhubung dengan mana-mana media sehingga sekarang,” ujarnya yang sudah hampir setahun bercerai dengan suaminya selepas berkahwin hampir 11 tahun.
Menolak penceraian adalah punca dia menyanyi semula, sebaliknya Nadia memberitahu, kehadirannya kini bertitik tolak daripada semangat padu para peminat ketika dia dijemput mengadakan sebuah persembahan di Sabah pada tahun lalu.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, apabila dia diminta untuk melantunkan lagu hitnya, hatinya cukup tersentuh kerana tidak menyangka dirinya masih diingati meskipun sudah berbelas tahun tidak mengadakan muncul di khalayak sebagai seorang penyanyi.

“Bila saya menyanyi, saya dapati peminat saya masih ramai. Dari situlah semangat saya datang dan mereka minta saya untuk muncul semula dengan menghasilkan album baru.
“Jujurnya, keputusan untuk muncul semula adalah kerana peminat yang tidak jemu menyokong saya,” luah penyanyi kelahiran Tawau, Sabah itu.

Sepanjang bergelar ibu tunggal, Nadia atau nama sebenarnya Zarina Mohd. Ali memberitahu, dia menguruskan motel miliknya yang terletak di Sipitang iaitu di kawasan pedalaman yang berhampiran dengan sempadan antara Brunei dan Sarawak.

Berbalik kepada album single yang akan menjengah pasaran dalam masa terdekat, Nadia yang sudah selesa dengan genre pop rock cuba tampil dengan sedikit kelainan iaitu dengan menyuntik genre rock gothic menerusi album single yang berjudul Buatmu Kekasih.
“Single saya sudah siap dan akan dipasarkan dalam masa terdekat. Album itu hasil usaha saya sendiri dan liriknya juga oleh saya sendiri.

“Album tersebut mengandungi dua lagu baru iaitu Buatmu Kekasih dan Datanglah Padaku. Selebihnya adalah 14 buah lagu lama yang dirakam semula,” tuturnya yang kini tampil dengan imej berambut panjang.
Tambah Nadia, lagu Buatmu Kekasih dicipta hasil inspirasi daripada peminat yang setia memberi sokongan kepadanya.

“Buatmu Kekasih mempunyai kaitan dengan persekitaran saya dan ia merupakan sebuah lagu cinta, tetapi cinta saya kepada peminat setia saya,” jelasnya.
Meneruskan bicara, sepanjang meninggalkan bidang seni suara, Nadia mengakui aktif menulis lirik dan sehingga kini, dia memiliki sejumlah lirik yang masih tidak diketahaui siapa gerangan penyanyinya kelak.

“Walaupun saya berdiam diri, saya masih tetap mengarang lagu. Cuma kini saya fikir mahu mencari penyanyi yang boleh menyanyikan lagu-lagu saya.
“Saya memang tidak terfikir untuk menyanyi semula, tetapi ramai yang memberi cadangan agar saya sendiri yang membawakan lagu saya,” katanya sambil tersenyum.

Menutup bicara, Nadia hanya mengharapkan kemuculannya diterima peminat semula.



.

2 Penyokong CHELSEA:

HanisLazimAndTheShaklee on April 8, 2011 at 10:34 AM said...

cayalah...minat sgtt kat nadia nih.xlengkap kalo pg karoke x nyanyi lagi salam untuk kekasih =D

nurkaloi on April 8, 2011 at 11:18 AM said...

hohoh memg minat lagu dyer

salam utk kekasih
tak miss punyer lau g karok hehehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!