Sunday, April 24, 2011

Kaki hilang 19 jam


Kemalangan maut melibatkan seorang pemandu bas ekspres di Kilometer 429 Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur keluar Bukit Beruntung di sini malam tadi, mencetuskan misteri apabila kaki kiri mangsa yang terputus hilang 19 jam.
Mangsa, Hussin Razaly, 47, sebelum itu memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan dan cuba melintas lebuh raya untuk bertemu rakannya di seberang jalan, dirempuh sebuah kenderaan.
Berikutan kemalangan pukul 9.30 malam itu Hussin yang memandu bas syarikat Yakin Ekspres membawa 15 penumpang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur maut di tempat kejadian dalam keadaan mengerikan dengan kaki kirinya terputus.

Polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian gagal menemui kaki mangsa menyebabkan ahli keluarga Hussin dan rakan sekerja mengambil inisiatif mencari kaki tersebut.
Pencarian mereka selama berjam-jam buntu sehinggalah ternampak dua ekor burung gagak berlegar-legar di udara, kira-kira 200 meter dari lokasi kemalangan.

Rakan setugas Hussin, Sobri Long, 39, memberitahu, mereka yang hampir berputus asa mencari kaki Allahyarham pada pukul 3 petang tergerak hati menuju ke arah burung berkenaan.
"Rupa-rupanya burung itu berlegar-legar di atas kaki mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kemalangan.
Sementara itu, pemandu kenderaan yang merempuh Hussin sehingga ini masih belum dikenal pasti.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Cif Inspektor Maszaliza Ibrahim @ Othman di talian 03-60641223 bagi membantu siasatan.



.

2 Penyokong CHELSEA:

MizzTina on April 24, 2011 at 11:14 AM said...

ish...ngerinya... takziah kepada keluarga mangsa...

Farhan Zulhusmi on April 24, 2011 at 11:43 AM said...

YaAllah...
nauzubillah...
bila2 kan Allah akan trik nyawa kita...tanpa kurang atau lebih sedetik pun....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!