Saturday, April 16, 2011

Lagi kemalangan....


Dua lelaki termasuk seorang yang belum dikenal pasti identitinya terbunuh apabila kenderaan dipandu mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 302, Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, sebuah Perodua Kembara dipandu mangsa yang berusia 52 tahun bersama rakannya, 40-an dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di tepi lebuh raya.

Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata ketika kejadian, kereta mangsa di lorong kiri tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan ia memasuki susur keluar Plaza Tol Kajang sebelum terbabas di tepi jalan lalu merempuh pembahagi jalan.
Menurutnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.



.

2 Penyokong CHELSEA:

Eliza Sulaiman on April 16, 2011 at 11:35 AM said...

berhati-hati di jalan raya, huhu,

faisal on April 16, 2011 at 12:01 PM said...

yang berada di jalan raya pandulah dengan berhati2..

http://faisalapardi.com/

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!