Sunday, April 10, 2011

Lagi kes dibunuh dan dibakar..


Hajat dua anggota tentera untuk menangkap ikan di Pantai Sekakap, di sini terbantut apabila mereka menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan rentung pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan dari anggota tentera terbabit kira-kira pukul 10.30 pagi tadi memaklumkan penemuan mayat tersebut selepas mereka mencari kayu untuk memasang jaring ikan di belukar pantai berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari jalan utama Jalan Mersing-Sekakap.

“Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai wanita berdasarkan jam tangan dan gelang kaki pada tubuh mangsa yang mayatnya 95 peratus hangus terbakar.

“Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain kurang 24 jam lalu dan mayatnya dimasukkan ke dalam beg pakaian sebelum dibakar di kawasan pantai yang terletak kira-kira 50 meter dari Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sekakap dan satu kilometer dari Kem Iskandar, dekat sini,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd. Nor berkata, mangsa dipercayai berumur di bawah lingkungan di bawah 25 tahun berdasarkan keadaan fizikal tubuh dan berdasarkan pada bahagian kaki mangsa yang tidak terbakar, mangsa berkulit cerah.

Selain itu, katanya, terdapat seutas rantai pada leher mangsa yang tertera perkataan ‘Suemzar’.
“Pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan berkenaan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat dihantar ke Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan akan ditempatkan di bilik mayat hospital berkenaan sementara menunggu pengecaman ahli keluarga,” katanya.

Mohd. Nor menyeru waris atau ahli keluarga yang kehilangan anak perempuan terutama remaja di bawah umur 25 tahun kurang dari 24 jam lalu agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Abd. Aziz Che Embong di talian 07-7993507 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, 07-7994222 atau mana-mana balai polis berhampiran.



.

4 Penyokong CHELSEA:

||aLeaSaRa|| on April 10, 2011 at 10:29 PM said...

aduh..alahai!kes semalam tgg penemuan mayat lelaki terbakar kat kereta pun tak terungkai.apa nak jadi ni.takut dah nak duk msia.tapi duk mana2 pun dh tak selamat.takutlah jd pompuan huhu

Pencacai Cerita on April 10, 2011 at 10:34 PM said...

hadui la..x abes-abes kes bunuh ni...pastu bakar pulak..x takut ke kene bakar dek api neraka..

Anonymous said...

kita bakorrr ajer...

Anonymous said...

@||aLeaSaRa|| takut jadu pompuan ..jadi pondan ker tomboy kerr.. jrg kes kes tentang tomboy kena ...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!