Sunday, April 10, 2011

Suami isteri maut nahas treler

Sepasang suami isteri terbunuh selepas treler yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi treler di KM257 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar semalam.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian 6 petang itu ialah pemandu treler, Mat Nazri Idris, 47, berasal dari Kedah dan isterinya, Nor Suzaimi Othman, 25 berasal dari Kelantan.

Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata hari ini, kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat," katanya.

Wan Abdullah berkata, nahas berlaku ketika treler yang dipandu Mat Nazri yang membawa muatan tiang lampu dari Kuala Lumpur ke Butterworth gagal dikawal lalu merempuh bahagian belakang treler membawa muatan besi buruk di hadapannya ketika kedua-duanya menuruni bukit.

"Akibat rempuhan itu bahagian depan treler mangsa remuk teruk dan kedua-duanya tersepit dalam kenderaan tersebut, manakala pemandu treler di hadapan tidak mengalami kecederaan dan melaporkan kejadian itu kepada polis," katanya.

Beliau berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa beberapa jam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa sebelum dihantar ke hospital.



.

1 Penyokong CHELSEA:

FaKArePa!n on April 10, 2011 at 11:24 PM said...

takziah untuk keluarga diorang..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!