Wednesday, April 20, 2011

Maksiat ganggu penduduk Jalan Yahudi


Bayangkan sebuah pusat hiburan yang menghidangkan arak dan kegiatan maksiat mahu didirikan bersebelahan rumah anda.
Sudah pasti anda akan membantah kerana tidak mahu pusat hiburan seperti itu mengganggu keharmonian penduduk.

Namun, itu yang dilalui oleh penduduk pangsapuri kos rendah di Jalan Yahudi di sini, di mana sebuah pusat hiburan berada hanya kira-kira 100 meter dari situ.
Bagi Hassan Awang, 53, yang telah mendiami pangsapuri itu selama lima tahun, sudah banyak kali pusat hiburan berkenaan diserbu pihak berkuasa, namun ia beroperasi semula selang beberapa hari kemudian.

"Apabila pihak berkuasa serbu, ada saja wanita berpakaian menjolok mata lari bersembunyi di flat ini.
"Sudah tentu ia tidak elok untuk dilihat oleh kanak-kanak dan remaja," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pihak berkuasa khususnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) perlu menyita atau memindahkan pusat hiburan tersebut kerana majoriti penduduk di situ beragama Islam.
Sehubungan itu, dia berharap MPPP dapat mengambil tindakan segera bagi membendung gejala sosial di kalangan muda-mudi di kawasan perumahan berkenaan.



P/S - Nama jalan tu pelik lah...



.

1 Penyokong CHELSEA:

Akmall Razlan on April 20, 2011 at 10:24 AM said...

nama pun da jahat....hahaha..jalan yahudi...(ada gak >,,diluluskan ke such nama?...)..owh..penang?..patut lah...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!