Friday, April 29, 2011

Mati bersama..


Dua sahabat maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki bertembung lori membawa muatan sawit dalam kejadian di Batu 14, Jalan Bakri-Yong Peng, dekat sini petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, pemandu Mitsubishi Pajero, Mohamad Azarul Akmal Md Ramlan, 21, dari Parit Jepun, Batu 16, dan rakannya, Mohd Nazri Md Asan, 25, dari Parit Haji Anuar, Batu 17, mati di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai pemandu dan pembantu jentera jengkaut itu dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing dari tempat kerja di ladang kelapa sawit di Parit Ulu dekat Bakri.

Rakan mangsa, Mohd Fahad Yagi, 26, tidak menyangka kedua-dua sahabatnya itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya kerana mereka baru saja keluar minum bersama pada malam sebelum kejadian.

“Ketika pertemuan, Mohamad Azarul tidak menunjukkan perubahan kecuali memberitahu hasratnya untuk berjalan bersama rakan lain sempena cuti Hari Pekerja pada Isnin depan,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini semalam.

Jenazah dua sahabatnya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Air Hitam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Muar, Inspektor Mohd Redzuan Mohd Lin, telefon 06-952 6222.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!