Friday, April 29, 2011

Whoaa hampir hangus..adehss..


Seorang penagih dadah melecur hampir 40 peratus badan selepas terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt ketika cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang ASPA di sebuah bekas tapak kilang lama, dekat sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.25 pagi, mangsa berusia 24 tahun itu melecur dari kepala hingga paras pinggang, namun dilaporkan stabil selepas menjalani rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit dikatakan sudah mencuri kabel di tempat sama sebelum berhasrat mahu melakukannya kali kedua secara berseorangan dipercayai bagi mencari wang untuk membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata polis yang menerima maklumat mengenai kejadian bergegas ke lokasi sebelum menemui pemutar skru, parang dan telefon bimbit milik lelaki terbabit.

“Lelaki itu telah dihantar orang awam ke Klinik Kesihatan Maran untuk menerima rawatan lanjut selepas ditemui hangus separuh badan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan.
Sementara itu, jurucakap TNB Maran, berkata akibat tindakan lelaki terbabit, bekalan elektrik di bandar ini terganggu 32 minit.



.

5 Penyokong CHELSEA:

Adi Asmawi on April 29, 2011 at 7:55 AM said...

grrrr..geli aih tngk..errr..errr..mcm mna la dia hdup ngan kulit cm tuh kn

Cik Cempaka on April 29, 2011 at 8:07 AM said...

macam ni pun masih hidup lagi..huhu

Nazatul Anuar on April 29, 2011 at 8:19 AM said...

nak ckp padan muka kesian. tu la.. xde pasal cari psl lg.

Fifi Qhidal on April 29, 2011 at 8:39 AM said...

ape la . tu la buat keje sia2 .
haih pas ni kalau buat lagi , tak tahu la nak cakap ape .
ALLAH masih bagi peluang pada beliau .

suka cartoon on April 29, 2011 at 1:07 PM said...

Allah bayar cash supaya dia beringat2 sikit...=)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!