Tindakan seorang ibu yang membawa dua anaknya menunggang motosikal untuk membeli nasi kukus pada waktu malam mengundang padah apabila salah seorang kanak-kanak itu maut dalam kejadian di Jalan Kubang Kerian, dekat sini kelmarin.
Lebih menyedihkan apabila kepala Mohd. Danial Zamri, 5, pecah akibat dihempap motosikal yang ditunggang ibunya selepas tiga beranak itu tercampak sebaik bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama dalam kejadian pukul 8.45 malam tersebut.
Dalam kejadian itu, ibu kanak-kanak tersebut, Rinawati Lilianita Mohd. Idris, 25, dan adik Mohd. Danial, Mohd. Zarif Hakimi, 3, cedera dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Ketika kejadian, mereka dari arah Kubang Kerian ke Binjai.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, selepas bergesel, ketiga-tiga beranak tercampak dengan Mohd. Danial dihempap motosikal tersebut lalu meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, polis telah mengambil keterangan pemandu lori berusia 46 tahun dari Jerteh, Terengganu untuk membantu siasatan.
.
5 Penyokong CHELSEA:
salam pagi sis comel!kite pun baru kgsikan kes ni di blog.sedih sggh kesian mangsa.....
salam..iqa dtg dr blog abg ben..dear u sgt cantek!!!!!
inilah yang ditakutkan selama 4 tahun saya di Kelantan..study di USM..terlalu banyak ibu/bapa membonceng anak2 kecik di belakang..tanpa topi keledar!!! kadang2 tu yang lebih teruk sy nampak..1 motor ditunggang dan dibonceng oleh 5 orang sekaligus!!!! dah la jalan besar, sibuk pulak tu dengan kenderaan..
ini adalah pengajaran bagi mereka yang suka buat macam ni..
takziah kepada keluarga mangsa..
Uishhhhhh Innalillah... ya Allah kesian tgk kejadian camni...
hemm..ni dekat je ngn umah saya...hemm..kesnya sebab diorg ni nk elak lubang yg ada kt jalan 2.jln kt situ mmg byk lubang2 ar...kesian sgt...mmg xde kepala...hancur..
Post a Comment