Tuesday, April 5, 2011

Pegawai kastam bakal kahwin maut nahas

Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Jun depan, maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 16 Jalan Kuala Berang-Sungai Tong berhampiran Kampung Tengkawang Lubuk, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.48 tengah hari itu, Muhamad Nizam Mohd Nor, 23, (atas) yang dalam perjalanan dari bandar Kuala Berang ke Gawi meninggal di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika melalui selekoh di situ, mangsa yang memandu pacuan empat roda Toyata Fortuner milik jabatan berkenaan berselisih dengan sebuah Perodua Kancil dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit sedalam dua meter.

Mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah bertugas dengan KDRM daerah Kemaman dipercayai dalam perjalanan menghadiri mesyuarat yang diadakan di Kuala Berang, bermula semalam.

Rakan setugas mangsa, Mohd Sabri Sarju, 40, berkata sepanjang mesyuarat diadakan di sini, mangsa tinggal di Perumahan Kastam di Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu.

Katanya, mangsa seorang yang periang dan cepat mesra dengan rakan setugas, namun ketika berada di tempat letak kereta di perumahan itu, arwah begitu pelik apabila tidak bertegur sapa dan berubah menjadi seorang pendiam.

“Saya berasa pelik terhadap perubahan yang berlaku kepada arwah dan tidak mengesyaki perkara buruk terjadi padanya dan mengambil hal itu sebagai perkara biasa. Saya terkejut apabila mendapat berita kemalangan sehingga kehilangan nyawa,” katanya ketika ditemui di bilik mayat, Hospital Daerah Hulu Terengganu di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah, mengesahkan kejadian itu.




.

2 Penyokong CHELSEA:

risa on April 5, 2011 at 9:31 AM said...

takziah dan alfatihah...kesiannya bakal isteri dia kan..emmmm
sayangkuh...ni email akak ye
nilamsari_01@yahoo.com

Lulu Caldina on April 5, 2011 at 9:39 AM said...

@risalulu dah cuba send gi email tu tapi tak boleh, kak...huhu....

lulu.caldina@gmail.com

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!