Monday, April 4, 2011

Owh mesranya, kau dan dia menjadi satu..


Jawapan spontan yang terpacul dari mulut penyanyi Mimpi Pun Sama itu tatkala ditanya adakah rasa cemburu itu membuatkan dia menerima tawaran untuk berlakon bersama Shuib dalam sebuah filem berjudul Man Sewel Datang KL arahan Rahman Adam.

Jika diimbas kembali, diari seni anak kesayangan aktor Raisuddin Hamzah itu yang bernikah dengan Shuib pada 26 Februari lalu, Sarah tidak pernah membintangi mana-mana filem sepanjang penglibatannya dalam bidang seni.

Jadi, apakah yang mendorong Sarah untuk menerima tawaran daripada Work Move Production Sdn. Bhd. itu?

Jawab Sarah, perasaan cemburu itu sangat-sangat diperlukan dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.
"Cemburu itu tanda kasih sayang kita terhadap pasangan. Tetapi ia haruslah kena dengan situasi yang sepatutnya.

"Saya bukanlah jenis perempuan cemburu buta yang hendak marah tanpa sebab.
"Saya menerima tawaran ini supaya sentiasa berdampingan dengan suami saya. Jadi, tiada alasan lain yang perlu saya berikan," jelas Sarah menceritakan hal sebenar mengapa dia menerima pelawaan syarikat produksi itu.

Tambah Sarah, penggambaran filem berkenaan bermula beberapa minggu selepas majlis pernikahannya dengan Shahmira Muhamad, 27 atau Shuib dilangsungkan dan mereka tidak berpeluang untuk berbulan madu.
Dengan menerima tawaran untuk berlakon bersama, ia adalah masa yang sesuai untuk mereka sentiasa berdampingan.

"Menjadi lumrah, tidak ada pasangan yang ingin berjauhan apabila baru sahaja bernikah.
"Sebab itulah kami berdua gunakan peluang ini untuk sentiasa berkepit.
"Lagipun, kami berdua membawakan watak sebagai pasangan kekasih yang akhirnya menjadi suami isteri.
"Jadi, keserasian itu lebih semula jadi dan mudah ditonjolkan kerana adanya ikatan sah antara kami berdua," jelas Sarah sambil tersenyum manja.



.

3 Penyokong CHELSEA:

Hakim Zailan on April 4, 2011 at 3:00 PM said...

semoga kebahagiaan mereka berkekalan..

shamyheart on April 4, 2011 at 3:06 PM said...

wah, sukanya.. romantik..

dah la sha suka shuib.. Sopan orgnya.

Qaseh Dalia on April 4, 2011 at 3:32 PM said...

sape ni hihi qaseh jrg tgk tb

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!