PENYANYI Juliana Azman Banos, 32, sedang berusaha untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak kedua pada 1 Februari lalu.
Menurut Juliana atau mesra dengan panggilan Jun, sewaktu hamil, berat badannya sekitar 84 kilogram (kg) dan selepas bersalin, beratnya turun kepada 73 kg.
Kata Jun, sewaktu hamil beliau suka makan makanan Jepun yang sebelum itu tidak pernah pun tersenarai sebagai makanan kegemarannya.
Bagaimanapun Jun yang kuat berpantang selepas melahirkan bayi kedua berkata, beliau perlu menurunkan berat badannya lagi.
“Jun memang ikut segala pantang tradisional sebab badan perlu dijaga.
“Itulah kalau orang lain dalam pantang keluar berjalan, Jun tidak. Bukan itu sahaja, bab makan pun Jun jaga.
“Dalam tempoh 44 hari juga Jun pakai bengkung yang panjangnya 10 ela.
“Bertungku tidak sangat sebab Jun guna herba untuk param di bahagian perut dan pilis di dahi.
“Disebabkan Jun dijaga oleh mak waktu dalam pantang, jadi kenalah disiplin,” katanya yang melahirkan anak secara normal.
Kata penyanyi yang pernah berlakon filem Gerak Khas The Movie 2, dia bersyukur melahirkan anak keduanya secara normal, sama seperti anak sulungnya, Mariam yang kini berusia tiga tahun.
Apabila ditanya siapakah nama bayi keduanya itu, Jun enggan memberitahu nama kerana baginya, belum tiba masanya untuk nama anak lelakinya itu diuar-uarkan.
Sejak bergelar ibu, Jun lebih suka menguruskan anaknya sendiri termasuk menghantar anak sulungnya ke tadika.
“Entahlah Jun kurang selesa kalau orang lain uruskan anak kecuali ibu atau mertua.
“Dulu si kakak (panggilan anak sulungnya) Jun hantar pergi tadika tapi bila keadaan Jun semakin sarat dan rasa macam dah tidak larat nak hantar pula.
“Bukan tidak boleh bagi Mariam naik bas sekolah tapi Jun fobia sikit sebab dulu masa Jun kecil, berlaku kemalangan sewaktu nak pergi sekolah.
“Itu yang buat Jun mesti hantar sendiri anak ke sekolah,” cerita isteri kepada Mokhtar Ahmad, 38 tahun, anak usahawan berjaya di Johor Bahru, Johor.
Kini kehidupan Jun lebih banyak tertumpu kepada rumah tangga dan katanya, bukan beliau tidak rindukan dunia seni tetapi keadaan yang tidak mengizinkan.
“Kalau ada kesempatan, Jun berminat untuk mencuba bakat sebagai VJ program TV,” katanya.
.
3 Penyokong CHELSEA:
love ur blog coz bnyk cerita psl artis!i likeee...:D
hmmm, dh lama x dgr stori pasal minah nih...dah beranak 2 rupanya....
lme xdga psl jun ni...weee~~~~
Post a Comment