Thursday, April 7, 2011

"Saya masih solo"..


KISAH percintaan pelakon jelita Fasha Sandha sering dilanda gelora. Pernah menjalinkan hubungan cinta penuh sensasi dengan Rizal Ashram Ramli atau nama ringkasnya, Jejai, namun ikatan itu sudah putus pada Januari tahun ini.

Namun, desas-desus dan khabar angin di Internet menyatakan bahawa pelakon drama Chinta itu kini kembali berbaik semula dengan bekas suami pelakon comel, Nora Danish itu.
Walau sering dilanda kontroversi, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan itu masih mampu memenangi hati peminatya apabila menewaskan pelakon jelita lain termasuklah Lisa Surihani, Tiz Zaqiah, Scha Alyahya dan Noorkhiriah dalam undian sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010.

Kosmo! berkesempatan menemu bual Fasha berikutan gosip yang tersebar itu untuk bertanya kepada empunya diri.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Fasha pada majlis yang berlangsung usai acara ABP 2010 di Genting Highlands baru-baru ini.

Kosmo!: Apa khabar Fasha? Tahniah di atas kemenangan Fasha dalam ABP 2010. Nampaknya, walaupun berdepan kontroversi Fasha tetap menjadi pilihan peminat. Apa komen Fasha?
Fasha Sandha: Alhamdulillah, saya tidak menjangkakan kemenangan saya dalam ABP kali ini. Ia adalah kemenangan kelima saya dalam ABP sejak 2005. Terima kasih kepada peminat dan penyokong saya semua. Saya tidak meletakkan harapan untuk menang lagi pada kali ini kerana saya menjangkakan Lisa Surihani menang anugerah Pelakon TV Wanita Popular pada tahun ini. Apa pun saya bersyukur kerana masih diberi rezeki ini.

Kenapa menjangkakan Lisa Surihani?
Tiada sebab tetapi hanya menyasarkan Lisa untuk menang, itu sahaja. Saya memang mengagumi lakonan Lisa juga.

Boleh bertanya sedikit soal peribadi? Ada desas-desus di kalangan peminat dan media menyatakan Fasha sudah kembali bercinta bersama Jejai. Apa komen Fasha?
Saya tak setuju dengan desas-desus itu. Saya memang tak berbaik kembali dengan dia. Itu sahaja komen saya.

Ada tak berjumpa dengan dia?
Tidak. Ada soalan lain? Kerana saya tidak mahu bercerita soal peribadi.






Macam mana dengan kisah cinta Fasha sekarang? Sudah ada pengganti ke?
Tiada pengganti. Saya masih single (solo) dan hati saya belum dimiliki sesiapa. Buat masa ini saya hanya ingin fokus kepada kerjaya lakonan dan salun (Chinta Hair Salun & Beauty) yang baru dibuka. Tidak perlu fikirkan mengenai hal itu lagi.

Bagaimana dengan perkembangan kerjaya Fasha sekarang?
Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian 13 episod untuk siaran di saluran RTM berjudul 5 Tahun 5 Hari dan sedang baca skrip untuk drama 20 episod dalam slot Akasia di TV3 berjudul Dewa Cintaku.
Insya-Allah saya akan menerima tawaran untuk terlibat dalam drama itu. Salun (Chinta Hair Salun & Beauty) juga semakin maju dan mendapat sambutan menggalakkan dan luar biasa daripada pelanggan. Memang luar biasa.

Kosmo!: Terima kasih Fasha kerana sudi ditemu bual. Tahniah sekali lagi atas kemenangan Fasha memenangi semula trofi Pelakon TV Wanita Popular.

Terima kasih banyak-banyak.



P/S - Sumber KOSMO!
.

5 Penyokong CHELSEA:

Mira Amirudin on April 7, 2011 at 8:47 AM said...

tak tau nak kata pasal dia ni.tak abis2 ;)

Lulu Caldina on April 7, 2011 at 8:52 AM said...

@Mira Amirudin x suka FS..huh

nurkaloi on April 7, 2011 at 8:53 AM said...

bagus laa tu fasha
ramai lagi orang lain kan

cngrate gak menang

lulu bile lagi nak jadi artis popular nie?? heheh

Lulu Caldina on April 7, 2011 at 8:57 AM said...

@nurkaloi huhu tak layak jane...retis kg jer ni

cik ewun on April 7, 2011 at 9:34 AM said...

hye lulu kiko singgah pagii! huaaa da xda apa ke dgn jejai! tskkkkk ;)

kiko click nufff lulu! hari2 msti lalu sini :D

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!