Usianya baru menginjak empat tahun, namun malangnya si kecil ini buta sejak dilahirkan.
Aliyah Izzati Yusri, anak bongsu daripada dua beradik yang dilahirkan pada 29 April 2007 di Hospital Batu Bahat ini disahkan buta mata kiri manakala mata kanan hanya mampu melihat sebanyak 20 peratus.
Ibunya, Nor Azurah Abdul Rahman, 29, memberitahu, kerana kecacatan itu, Aliyah Izzati tidak dapat menjalani kehidupan normal serta seceria rakan sebayanya.
“Hati ibu mana yang tidak sedih, namun itulah hakikat yang harus saya telan,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Sungai Mengkuang, Endau dekat sini, baru-baru ini.
Lebih merisaukan keluarganya, Aliyah Izzati juga alah terhadap cahaya lampu atau matahari kerana ia boleh menyakitkan matanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga baru berpindah ke kawasan tersebut untuk mengikut suaminya Yusri Yunus, 30, yang ditugaskan di situ sejak Januari lalu.
Nor Azurah berkata, anak sulungnya, Alisya Husna, 5, yang dilahirkan normal kini turut bersekolah di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kampung berkenaan.
Dalam pada itu, Yusri memberitahu, Aliyah Izzati tidak pernah mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
“Saya hanya kasihankan dia, risaukan keadaannya untuk menghadapi masa depan,” katanya yang bekerja mengambil upah membina rumah manakala isterinya bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan untuk menambah pendapatan keluarga.
Bagi yang ingin memberikan bantuan atau sumbangan kepada Aliyah boleh menghubunginya di talian 013-7433379.
.
3 Penyokong CHELSEA:
kesiannya dye..budak lagi da xboleh lihat dunia..
birthday kami serupa! ksian nya pd si kecil ni...semoga Allah permudahkan urusan nya dan dpt bantuan..amin..;)
em.... semoga Allah permudahkan urusan dia.. =.=
Post a Comment