Monday, April 4, 2011

Luka dan senyuman


“LUKAKU simpan dalam senyuman, hati menangis tak siapa yang tahu” - itu antara bait lagu terakhir yang ditulis oleh komposer berhati waja Seri Bayu, Sebelum Aku Pergi, kira-kira dua minggu lalu sebelum dia dijemput Ilahi.

Rahsia Allah tiada siapa yang dapat menebak. Apabila sampai seru-Nya, maka selamat tinggal duniawi.
Sekitar pukul 8.30 malam kelmarin di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, berakhirlah penderitaan dan sengsara yang dialami selama enam tahun oleh penulis lirik lagu terkenal pada tahun 1980-an, Seri Bayu.
Allahyarham Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik dijemput mengadap Ilahi pada usia 45 tahun dan sekali gus menyebabkan industri seni suara telah kehilangan seorang penulis lirik yang berbakat dengan hasil sentuhan magisnya.

Semasa hayatnya, Seri Bayu merupakan seorang penulis lirik yang berbakat yang telah menghasilkan lebih 2,000 lagu dan penyanyi yang pernah membawakan hasil nukilannya bukan calang-calang nama seperti Fauziah Latiff, Francissca Peter, Anita Sarawak dan Jamal Abdillah.
Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan melalui perkahwinan pertama telah dikurniakan lima orang anak sebelum bercerai pada tahun 2002.

Seri Bayu kemudian melalui perkahwinan kedua bersama penyanyi Dayang Erema Zaira Awang Moshdad dari Kuching, Sarawak pada 19 Disember 2006.
Namun langit tidak selalu cerah. Kehidupan penulis lirik kelahiran Singapura itu berubah selepas penyakit saraf yang dihidapi pada tahun 2004 menjadi antara punca Erema ingin menuntut fasakh ekoran Seri Bayu gagal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Erema dilaporkan mula menuntut cerai daripada Allahyarham di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada awal November tahun 2008.

Seri Bayu yang baru dua bulan menetap dengan keluarga angkatnya di Kampung Teluk Pelanduk, Negeri Sembilan selamat disemadikan di tanah perkuburan berhampiran tempat tinggalnya semalam.
Sementara itu, Erema yang dihubungi memberitahu, dia diberitahu tentang pemergian Seri Bayu malam kelmarin melalui salah seorang teman Allahyarham.

Dalam pada itu, deejay SuriaFM, Roslinda Abdul Majid atau Deejay Lin ketika dihubungi Kosmo! berkata, berita pemergian insan yang sangat dihormati dan dikagumi itu amat memeranjatkan dirinya dan seluruh tenaga radio berkenaan.

“Saya memang sangat terkejut dengan berita pemergian arwah kerana saya baru berjumpa dengannya pada Khamis lalu (31 Mac) di pejabat SuriaFM. Arwah hadir untuk memberikan lagu terbaharu ciptaannya, Sebelum Aku Pergi yang ditulis khas buat anak angkatnya, Nazira Abdul Ghani, 16.
“Ia amat menyedihkan, tetapi pada masa yang sama, saya bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk berjumpa dengannya buat kali yang terakhir,” katanya lagi.



.

3 Penyokong CHELSEA:

cik ewun on April 4, 2011 at 8:53 AM said...

al fatihah~

salam pagi cik lulu..kiko selalu singgah sini taw click nuff kat sini..

jum singgah ke uma kiko plak

ewunyukiko.blogspot.com
i hope :D

Mira Amirudin on April 4, 2011 at 9:15 AM said...

Takziah...

Lulu Caldina on April 4, 2011 at 9:18 AM said...

@cik ewun salam pagi! tq KERANA SELALU SINGGAH *WINK

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!