Monday, April 18, 2011

Tiga maut..


Tiga terbunuh dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Toyota Vios, sebuah lori dan sebuah motosikal di Kilometer 2.82 Lebuh raya Damansara-Puchong (LDP) arah Putrajaya awal pagi semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Polis Kontinjen Selangor Superintendan Zulkifli Jonit ketika dihubungi berkata kejadian kira-kira jam 1 pagi itu bermula apabila pemandu kereta Toyota dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke lorong kiri lalu merempuh bahagian belakang sebuah motosikal yang melalui jalan yang sama.

“Kereta itu kemudian turut merempuh sebuah lori rosak yang berada di laluan kiri jalan dan kejadian terbabit menyebabkan pemandu serta dua penumpang kereta mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya.

Mereka yang maut pemandu kereta Toyota, Sak Jia Kit dan dua penumpang, Tan Jun De dan Johson Sia Boon yang masing-masing berumur 20 tahun.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Seorang lagi penumpang kereta dan penunggang motosikal turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital yang sama untuk menerima rawatan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur, mengalami kecederaan di bahu akibat terjatuh ekoran dilanggar seorang penunggang motosikal yang cuba meloloskan diri daripada ‘Ops Trafik Motosikal’ di ibu negara awal pagi ini.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata anggotanya dilanggar ketika sedang membuat pemeriksaan kenderaan itu di Jalan Raja Laut pada kejadian jam 2 pagi semalam.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!