Ketaksuban terhadap hobi memancing memberi inspirasi luar biasa kepada seorang mekanik untuk melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihan di sebuah kolam ikan di Kuala Ibai di sini kelmarin.
Ariffin Mohd., 53, yang merupakan seorang pemancing tegar memilih seorang suri rumah, Normazliza Mat Zin, 26, untuk melalui detik penuh bahagia itu sambil disaksikan keluarga dan rakan terdekat.
Melengkapkan lagi tema perkahwinan pasangan itu, puluhan joran dihias cantik sebagai penyeri kepada majlis perkahwinan bersejarah itu.
Malah, Ariffin yang berpakaian pengantin sempat memancing bersama Normazliza selama 10 minit sebelum berjaya memancing seekor ikan siakap.
Menurut Ariffin, dia memilih konsep tersebut kerana minat mendalamnya terhadap aktiviti memancing dan mahu menjadikan kenangan itu sebagai detik terindah dalam hidupnya.
.
2 Penyokong CHELSEA:
halamak! masa sy dah terlepas la...tak teringat plak masa majlis dulu tu...apa pon memang best la...jarang2..i suka la konsep brader tu..
haha... tak bestnye persandingan dengan memancing.. eheh...
Post a Comment