Monday, April 4, 2011

Wanita dirempuh lori tangki


Seorang penyelia wanita terselamat dalam nahas ngeri apabila kereta Mercedes-Benz E280 yang dipandunya remuk teruk selepas dirempuh sebuah lori tangki di Jambatan Kubang Kacang, Tiong, dekat sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.05 pagi, Shahrizal Sulaiman, 29, dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah pasar raya di sini.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa telah memperlahankan kenderaannya selepas melihat sebuah treler berhenti secara tiba-tiba di atas jambatan berkenaan.
Bagaimanapun, sebuah lori tangki yang mengekori di belakang kenderaannya dikatakan tidak sempat menekan brek lalu merempuh kereta mangsa menyebabkan ia remuk teruk.
Berikutan kejadian itu, mangsa tersepit dalam kenderaannya sebelum dikeluarkan oleh orang kampung yang kemudiannya menghubungi ambulans dan bomba untuk bantuan.
Bapa mangsa, Sulaiman Ibrahim, 59, berkata, sebaik sahaja mendapat panggilan daripada anaknya, dia bergegas ke tempat kejadian.
“Saya tergamam apabila melihat keadaan kereta yang dipandu anak saya remuk teruk. Pada masa itu yang ada dalam fikiran saya dia mungkin sudah meninggal dunia.
“Namun penduduk kampung memberitahu anak saya selamat dan hanya cedera di bahagian tangan. Saya tak tahu nak kata apa kecuali bersyukur kerana anak saya terselamat,” katanya.



.

4 Penyokong CHELSEA:

gadis kepastian on April 4, 2011 at 8:17 AM said...

syukur la....tgk kreta dia pown dah ngeri...

Faizal n Fashitah on April 4, 2011 at 8:24 AM said...

Membuktikan kereta mahal mampu menyelamatkan nyawa apabila eksiden camni XD

Lulu Caldina on April 4, 2011 at 8:37 AM said...

@Faizal n Fashitah betul..betul ekeke....

Mira Amirudin on April 4, 2011 at 9:14 AM said...

Nasib baik nyawa tak melayang.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!